Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : 1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk mele­paskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : , me­nenggek 1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenggek
Kata Terbitan : bertenggek, menenggek, tenggekan, penenggek,

Puisi
 

Burung merpati terbang ke hutan,
     Duduk bertenggek di tepi sungai;
Tuan umpama cahaya intan,
     Bagai zamrud baru dicanai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi admin..nak tanya satu soalan. sekumpulan burung sedang bertenggek / sekawan burung sedang bertenggekSekawan burung sedang bertenggek...Tatabahasa10.06.2015
Selamat pagi. 8 Ayam jantan Pak Hussin __________ di atas tunggul kayu sambil berkokok. A duduk B hinggap C bertenggek D berlunjur Apakah jawapan yang paling tepat? Apakah perbezaan antara hinggap dan bertenggek? Ter8ma kasih.Ayam jantan Pak Hussin bertenggek di atas tunggul kayu sambil berkokok. Hingap bermaksud berhenti terbang lalu bertenggek di atas sesuatu dan bertenggek bermaksud duduk di tempat yang agak tinggi.
Tatabahasa17.03.2014
tuan, burung itu bertenggek di dahan pokok itu telah dilastik oleh abang hingga menyebabkan kepaknya patah (adakah di salah dalam ayat ini?) tuan, mengapakah bukan pada yang digunakan????Ayat yang diberikan kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "Burung yang bertenggek pada dahan pokok itu telah dilastik oleh abang hingga menyebabkan kepaknya patah".Tatabahasa11.08.2011
tuan, burung itu bertenggek di dahan pokok itu telah dilastik oleh abang hingga menyebabkan kepaknya patah (adakah di salah dalam ayat ini?)Penggunaan 'di' dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa09.08.2011
Salam sejahtera. Apakah istilah bagi gambar yg di sertakan. (duduk di tengkuk) Terima kasihBerdasarkan gambar yang diberikan, cadangan penggunaan yang betul ialah "bertenggek di bahu"Makna11.04.2022

Kembali ke atas