Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : 1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk mele­paskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.téng.gé/] | برتيڠݢيق

Definisi : , me­nenggek 1 duduk atau ber­tinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenggek
Kata Terbitan : bertenggek, menenggek, tenggekan, penenggek,

Puisi
 

Burung merpati terbang ke hutan,
     Duduk bertenggek di tepi sungai;
Tuan umpama cahaya intan,
     Bagai zamrud baru dicanai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crestrabung hiasKesenianSeni BinaBinaan pada bahagian puncak bumbung yang direka dalam pelbagai bentuk seperti pagar kecil atau jerejak yang dipasang di sepanjang bumbung bangunan. Rabung hias merupakan titik tertinggi atau puncak pada sesuatu struktur. Binaan ini boleh diperbuat daripada kayu, logam atau besi tempaan yang berfungsi sebagai unsur hiasan dan juga boleh menghindarkan haiwan seperti burung daripada bertenggek di atas bumbung.

Kembali ke atas