Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
GERAKAN BROWN

Gerakan Brown, gerakan zarah pepejal secara rawak dan berterusan di dalam cecair atau gas yang disebabkan perlanggaran molekul cecair atau gas dengan zarah pepejal tersebut secara berterusan.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
SATELIT TIRUAN

Satelit tiruan ialah objek buatan yang

mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara

berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan

mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk

mengkaji alam semesta, membantu dalam

peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon

merentas lautan, membantu pengemudian kapal

dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian

dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan

peralatan tentera di bumi.

UMUM 
PERANG MEXICO

Perang Mexico (1846–1848) ialah pertempuran

antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana

perselisihan yang berterusan selama dua dekad.

Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika

Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki

ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian

Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat

memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah,

hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta

bahagian Colorado dan Wyoming daripada

Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah

berpendapat bahawa perang itu merupakan

serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap

sebuah negara yang lemah.

UMUM 
KITARAN HIDROLOGI

Kitaran hidrologi ialah pergerakan air yang berterusan dalam pelbagai bentuk dari permukaan laut ke bumi, dan dari bumi ke laut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TITIAN

Titian (1487?–1576) ialah pelukis dari Venice semasa

Zaman Renaissance di Itali. Dalam kerjayanya yang

panjang yang berterusan selama 70 tahun, dia

menjadi seorang daripada pelukis yang paling

berpengaruh dan berjaya dalam sejarah seni lukis.

Hasil karya Titian termasuk potret dan lukisan

mitos dan peristiwa agama. Dia mencipta satu bentuk

gaya yang banyak mempengaruhi seni lukis Eropah

selama lebih 200 tahun.

UMUM 
TERMOSFERA

Termosfera ialah lapisan paling atas di

atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih

kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480

kilometer di ruang angkasa. Termosfera

mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang

terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan

atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali

lebih rendah daripada tekanan di aras laut.

Termosfera terdedah sepenuhnya kepada

sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan

atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang

tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada

–93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi

1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas

termosfera.

UMUM 
PNEUMOTORAKS

Pneumotoraks ialah udara atau gas yang

terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding

dada. Satu membran yang tipis dan berterusan

dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar

paru-paru dan bahagian dalam dinding dada.

Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang

berhampiran rapat pada bahagian dalam dada.

Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan

kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang

udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas

memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian

membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti

udara dan gas yang banyak terdapat di antara

bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru-

paru di bahagian itu tidak akan dapat

mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran

bernafas dan paru-paru akan menguncup.

UMUM 
TAMIL NADU

Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India.

Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri

Dravidia di India dan mempunyai sejarah

kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada

2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa

kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India ,

Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina

kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik

dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar.

Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil.

Ibu negerinya ialah Madras.

UMUM 
1234

Kembali ke atas