Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ru.san] | برتروسن

Definisi : berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous platingpenyaduran berterusan; pemplatan berterusanKejuruteraanTiadaTiada
continuous dryingpengeringan berterusanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pengeringan yang dijalankan secara berterusan. Pepejal atau cecair yang akan dikeringkan dimasukkan secara berterusan ke dalam pengering di samping hasil pepejal atau cecair yang telah dikeringkan juga dikeluarkan secara berterusan.
continuous adsorptionpenjerapan berterusanKejuruteraanKejuruteraan KimiaOperasi penjerapan yang dijalankan secara berterusan. Suapan yang mengandungi bahan yang perlu dijerap dimasukkan ke dalam turus atau bekas yang mengandungi penjerap secara berterusan di samping hasilnya dikeluarkan secara berterusan.
continuous variationvariasi berterusanPertanianAgronomi

 Perbezaan yang wujud dalam sesuatu populasi, dari segi sifat kuantitatif seperti berat dan ketinggian, merangkumi julat nilai berterusan, daripada yang terkecil kepada yang tertinggi. Contohnya, satu populasi tanaman jagung mungkin mempunyai ketinggian dari 50 cm hingga 180 cm dan pelbagai ketinggian antara dua julat tersebut. Perbezaan seperti inilah yang ditakrif sebagai variasi berterusan. Dari aspek genetik, variasi berterusan dikawal oleh banyak gen atau poligen, manakala variasi tak berterusan ditentukan oleh satu atau sedikit gen. Variasi berterusan dipengaruhi oleh faktor persekitaran selain daripada faktor genetik, manakala variasi tak berterusan kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Sebaliknya, sifat kualitatif seperti warna bunga mawar yang hanya terdapat warna kuning dan warna merah, dianggap variasi tak berterusan.

continuous reinforcementpeneguhan berterusanPendidikanTiada

 Ganjaran atau rangsangan yang diberikan secara berterusan supaya sesuatu perlakuan yang diingini berterusan.

continuous fuel injectionsuntikan bahan api berterusanKejuruteraan AutomotifEnjinProses suntikan bahan api ke dalam enjin secara berterusan untuk membolehkan pembakaran berlaku tanpa henti. Proses ini berlaku dalam keadaan tekanan malar dan berkebolehan menjana kuasa secara berterusan. Proses suntikan biasanya digunakan dalam enjin turbin gas. Sinonim pancitan bahan api berterusan.
continuous equipmentperalatan berterusanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPeralatan yang operasinya dijalankan secara berterusan. Suapan yang memasukinya dan keluaran yang diambil daripadanya adalah secara berterusan.
continuous spinal anaesthesiaanestesia spina berterusanPerubatanTiadaTeknik pemberian ubat anestesia secara infusi berterusan dengan kateter yang telah dimasukkan ke dalam ruang spina. Lihat juga anestesia sebahagian berterusan.
continuous intraarterial measuremenpengukuran intraarteri berterusanPerubatanTiadaPengukuran tekanan darah arteri secara invasif dan berterusan. Gelombang tekanan darah arteri yang terbentuk dapat diukur secara automatik dan berterusan mengikut denyutan jantung. Pengukuran ini dilakukan dengan memasukkan kanula ke dalam arteri dan kemudian kanula tersebut disambungkan ke tiub plastik, transduser dan monitor.
continuous absorptionpenyerapan berterusanKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyerapan yang dijalankan secara berterusan. Suapan yang mengandungi bahan yang perlu diserap dan pelarut yang digunakan untuk menyerap dimasukkan ke dalam turus di samping hasil yang dikeluarkan secara berterusan.
12345678910...

Kembali ke atas