Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tih] | برتيه

Definisi : padi yg digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya: kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; spt ~ digoreng = spt ~ direndang bunyi senapang yg tidak berputusan;membertih 1. menjadi bertih: padi sudah mulai ~ di dlm kuali; 2. berbunyi spt bertih digoreng: tembakan yg ~ berlarut-larutan sehingga dinihari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tih] | برتيه

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Antigonon spp.; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), seringan (laut), Dodonea viscosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tih] | برتيه

Definisi : padi yg digoreng tidak berminyak sehingga berasnya mengembang dan merekah berdetus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertih

Puisi
 

Padi pulut padi Melaka,
     Belum direndang bertih dahulu;
Hati perut hati celaka,
     Belum dipandang dah kasih dulu.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung? adakah menggoreng bertih jagung? menanak bertih jagung? atau memasak bertih jagung?Umumnya, frasa memasak bertih jagung digunakan. Namun begitu, sekiranya bertih jagung dimasak menggunakan minyak, frasa menggoreng bertih jagung boleh digunakan.Tatabahasa26.11.2019
Apakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk bertih jagung?Kata kerja yang boleh digabungkan dalam ayat contohnya, Ali membeli bertih jagung di warung  Pak Mail.Tatabahasa16.11.2019
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "popcorn chicken"?Terjemahan yang sesuai ialah bertih ayam.Makna01.02.2021
Apakah terjemahan didalam bahasa melayu untuk Rice PuffCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rice puff ialah bertih beras. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.08.2023
Salam hormat, Apakah istilah 'pop corn' yang baku dalam bahasa Melayu? Terima kasih banyak-banyak.

Istilah bahasa Melayu bagi "pop corn" ialah bertih jagung.

Istilah24.08.2009
Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy?Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2022

Kembali ke atas