Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tih] | برتيه

Definisi : padi yg digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya: kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; spt ~ digoreng = spt ~ direndang bunyi senapang yg tidak berputusan;membertih 1. menjadi bertih: padi sudah mulai ~ di dlm kuali; 2. berbunyi spt bertih digoreng: tembakan yg ~ berlarut-larutan sehingga dinihari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tih] | برتيه

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Antigonon spp.; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), seringan (laut), Dodonea viscosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tih] | برتيه

Definisi : padi yg digoreng tidak berminyak sehingga berasnya mengembang dan merekah berdetus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertih

Puisi
 

Padi pulut padi Melaka,
     Belum direndang bertih dahulu;
Hati perut hati celaka,
     Belum dipandang dah kasih dulu.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corn popperalat masak bertih jagungSosiologiTiadaAlat yang digunakan untuk memasak jagung menjadi bertih.
pop cornbertih jagungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
popcorn polymerizationpempolimeran bertihKejuruteraanTiadaTiada
popping cornjagung bertihPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
crepituskrepitusPerubatanTiadaBunyi seperti bertih direndang.
crepitationpengertipanPerubatanTiada2. Berbunyi seperti bertih di rendang.
terapterapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu yang ringan dalam genus Artocarpus dan Parartocarpus, dan Antiaris toxicaria daripada famili Moraceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah ara bertih, ipuh, miku, dan sukun, di Sabah paliu, timadang, dan timbangan. Spesies utama kayu ini termasuk Arcorpus elasticus, A. scortechinii, Parartocarpus bracteatus, dan P. venenosus. Gubal kayu terap sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning atau coklat kekuningan. Kadangkala teras kayunya berwarna coklat tua dan mudah dibezakan daripada gubal kayunya.Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, tidak tahan, tetapi mudah diawet. Kadar pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu terap sesuai untuk lantai, venir kor, papan lapis, kotak, dan alas angkut.
corn/mazejagungVeterinarTiadaSejenis bijirin Zea mays, dalam famili Graminae, yang bijinya menjadi sumber tenaga utama, iaitu sebanyak 12-14 MJ/kg dalam rangsum ternakan. Jagung mempunyai kandungan protein sebanyak 9-11% manakala kadar kandungan lemak sebanyak 3-4%. Bahan makanan ini digunakan dengan meluas sebagai makanan ayam kerana ia mudah dicerna dan mengandungi pigmen xantofil yang memberi warna kekuningan pada kuning telur dan kulit ayam. Bahan ini sesuai untuk pelbagai jenis haiwan dan mempunyai nilai cerna yang melebihi 80%. Bahan makanan ini juga biasanya akan diberi kepada ternakan selepas ia dikisar, digelek atau dimasak seperti bertih. Selain sumber tenaga, jagung juga boleh menghasilkan bahan sampingan lain seperti batang, tongkol dan mil gluten jagung yang digunakan sebagai sumber foraj untuk ternakan ruminan.

Kembali ke atas