Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tuah] | برتواه

Definisi : 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Sudah bernama lagi bertuah,
     Singgah bersila lalu duduk;
Asal bunga menjadi pelepah;
     Adakah pelepah melawan pucuk?


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris BertuahKeris BertuahKerisTiadaKeris yang mempunyai kuasa sakti.
sweepstakecabutan bertuahEkonomiTiadaTiada
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
Macau scampenipuan MacauKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain.
trick advertisingpengiklanan muslihatKomunikasiKorporatStategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan yang menggunakan sesuatu daya tarikan. Daya tarikan yang digunakan berbentuk ganjaran yang berupa barangan atau tawaran hiburan dan rekreasi yang berstatus mewah. Apabila khalayak tertarik dan cuba mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diiklankan, khalayak dikenakan beberapa syarat lain. Syarat ini selalunya menyukarkan khalayak untuk mendapatkan barangan tersebut kecuali setelah memenuhi syarat berkenaan. Contoh syarat tersebut adalah memujuk khalayak membeli barangan lain melalui syarikat yang sama yang melibatkan kos tambahan. Kaedah lain yang digunakan ialah khalayak dijanjikan faedah besar melalui cabutan bertuah yang berbentuk hadiah sekiranya membeli barangan daripada syarikat berkenaan. Namun, setelah membeli barangan tersebut, pembeli hanya mendapat hadiah termurah yang memang disediakan untuk setiap pembelian.
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.

Kembali ke atas