Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya. virus pemutasian (Ig. mutating virus; Br. virus pemutasian; Id. Virus pemutasian) Virus yang sentiasa bertukar sifat atau bentuk selepas jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus tersebut sukar atau tidak dapat dikesan oleh perisian antivirus berdasarkan tandatangan virus. virus berperisai (Ig. armoured virus; Br. virus berpelindung dilancarkan apabila pengguna lain cuba mencapai fail asal dengan membekalkan arahan yang mengandungi nama fail tersebut. virus polimorfik (Ig. polymorphic virus; Br. virus polimorfik; Id. virus poloimorfik) Virus yang boleh bertukar bentuk, sifat dan kandungan untuk melepasi pengesanan antivirus. virus sektor (Ig. sector virus; Br. virus sektor; Id. virus sektor) Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus

Kembali ke atas