Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.rut.tu.rut] | برتوروت-توروت

Definisi : 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.rut.tu.rut] | برتوروت-توروت

Definisi : 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; ber­ulang-ulang: Ia menembak musuh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Terjatuh dihimpit janjang.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-to-backpenggunaan bilik berturut-turutPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan bilik berturut-turut: Penggunaan bilik yang baru dikosongkan oleh tetamu, yang belum sempat dibersihkan, terpaksa dikemas terlebih dahulu oleh tukang kemas bilik untuk dipenuhi oleh tetamu lain terutama ketika banyak tempahan pada musim perayaan.
intermediary heel supportsokong tumit antaraSukanTiadaKemahiran yang dilakukan berturut-turut dengan sokongan tumit; sekurang-kurangnya dua kemahiran perlu dilakukan secara berturut-turut. Misalnya kemahiran kangkang tegak ke kemahiran lentik kangkang.
synodic periodtempoh sinod/tempoh qamariMatematikTiadaWaktu purata di antara ijtimak dua planet yang berturut-turut seperti yang dapat dilihat dari bumi, atau di antara ijtimak satelit dengan matahari yang berturut-turut seperti yang dapat dilihat dari satelit utamanya.
running dayhari berturut-turutUndang-undangTiadaTiada
checkout reoccupiedpenggunaan bilik berturut-turutPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan bilik yang baru dikosongkan oleh tetamu yang belum sempat dibersihkan, terpaksa dikemas terlebih dahulu oleh tukang kemas bilik untuk dipenuhi oleh tetamu lain terutama ketika banyak tempahan pada musim perayaan.
running agreementperjanjian pelayaran berturut-turutUndang-undangTiadaTiada
flight of ideasidea lompatan berturut-turutPsikologiTiadaTiada
scissors leaplayang guntingSukanTiadalurus berturut-turut.
decaddekahariSainsHidrometeorologiJangka waktu sepuluh hari berturut-turut yang kadang-kadang digunakan dalam mengkaji satu atau beberapa unsur meteorologi.
autocovarianceautokovariansMatematikTiadakeadaan yang berlaku apabila butir berturut-turut dalam satu jujukan dikorelasikan supaya kovarians-kovarians adalah bukan sifar bukan merdeka.
1234567

Kembali ke atas