Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ruang] | برواڠ

Definisi : mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : sj mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae; ~ matahari, Helarctos malayanus; ~ perang, Ursus arctos; ~ putih = ~ kutub, Thalarctos maritimus; empedu ~ sj tumbuhan (pokok renek), embalau, lada barau, Brucea amarissima (sumatrana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : mempunyai ruang atau ada ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : beberapa jenis binatang buas yg berbulu tebal, dpt berdiri di atas kedua-dua kakinya, berekor pendek dan bermuncung panjang, Ursus spp.: ~ putih; ~ bukit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruang

Puisi
 

Jatuh berserak di dalam padi,
     Anak belangkas beruang perahu;
Kalau berhajat di dalam hati,
     Khabar lekas supaya kutahu.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
koalakoalaSejenis haiwan dalam kumpulan herbivor yang menyerupai beruang tetapi saiznya lebih kecil, dan terdapat di benua Australia. Lihat RajahSekolah Rendah
hibernasihibernationKeadaan sesetengah haiwan yang tidak aktif atau tidur sepanjang musim sejuk. Contohnya, beruang.Sekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat RajahSekolah Rendah
bulu tebalthick furBulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub.Sekolah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang.Menengah Rendah
penghibernatanhibernationPeringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub.Menengah Rendah

Kembali ke atas