Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ruang] | برواڠ

Definisi : mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : sj mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae; ~ matahari, Helarctos malayanus; ~ perang, Ursus arctos; ~ putih = ~ kutub, Thalarctos maritimus; empedu ~ sj tumbuhan (pokok renek), embalau, lada barau, Brucea amarissima (sumatrana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : mempunyai ruang atau ada ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ruang] | برواڠ

Definisi : beberapa jenis binatang buas yg berbulu tebal, dpt berdiri di atas kedua-dua kakinya, berekor pendek dan bermuncung panjang, Ursus spp.: ~ putih; ~ bukit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruang

Puisi
 

Jatuh berserak di dalam padi,
     Anak belangkas beruang perahu;
Kalau berhajat di dalam hati,
     Khabar lekas supaya kutahu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kukut beruang(Ib.)kukut beruang(Ib.)KesenianTiadaGelung yang berbentuk kuku beruang.
Thottea grandiflorahempedu beruangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Aristolochiaceae yang dikenali juga sebagai seburut dan telinga kelawar. Hempedu beruang biasanya tumbuh di hutan tanah pamah, dan di kawasan yang agak terlindung dan lembap. Daunnya berbentuk bujur, lebar dan berbulu. Bunganya besar, keluar di bahagian batang dan berwarna merah hati. Air rebusan akar digunakan untuk mengubati demam, cirit-birit dan dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin.
Little BearBeruang KecilFizikTiadaTiada
Big BearBeruang BesarFizikTiadaTiada
bear scratchcakar beruangPerhutananTiadaTiada
Great Bear (Constellation)Beruang Besar (Gugusan)KejuruteraanTiadaTiada
Great Bear (Constellation)Beruang Besar (Gugusan)GeografiTiadaTiada
black bugkutu beruang (Scotinophara coarctata)PertanianTiadaTiada
Thottea grandifloraHempedu beruang, seburut, telinga kelawarPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Aristolochiaceae juga dikenali sebagai seburut dan telinga kelawar. Biasanya tumbuh di hutan tanah pamah, di kawasan yang agak terlindung dan lembab. Daunnya bentuk bujur, lebar dan berbulu. Bunganya besar, keluar di bahagian batang dan berwarna merah hati. Air rebusan akar digunakan untuk mengubati demam, cirit-birit dan tonik wanita lepas bersalin.
bear scratchcakar beruangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCorak yang dihasilkan akibat kerekotan ira kayu. Pada kayu yang sudah dikemas siap, corak ini kelihatan seperti bentuk mata memanjang yang menarik.
123

Kembali ke atas