Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
melting pot/ be in, go into/ the ~, dlm keadaan berubah-berubah: all his ideas are now in the ~, kesemua ideanya dlm keadaan berubah-ubah sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pendulumn 1. weight suspended from a fixed point which swings freely, batu ladung; 2. device used to control working of clock, bandul; 3.regular change of attitude, position, etc, yg berubah-berubah: the ~ of public opinion, pendapat umum yg berubah-ubah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
changevi 1. alter, transform, berubah, bertukar; (of person) berubah: her feelings for him have ~d perasaannya thdp lelaki itu telah berubah; relations between the two countries have ~d for the better, perhubungan antara kedua-dua buah negara itu telah berubah menjadi bertambah baik; she’s ~d a lot, dia telah banyak berubah; 2. vary, shift, berubah-ubah: fashions ~, fesyen berubah-ubah; 3. (of traffic lights) bertukar warna: I’m waiting for the lights to ~, saya menunggu lampu isyarat bertukar warna; 4. put different clothes on os, /bersalin, bertukar/ pakaian: to ~ for dinner, bersalin pakaian utk makan malam; 5. alight from one vehicle and board another, bertukar + approp n : he ~d at the junction, dia bertukar bas di persimpangan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fickleadj mudah berubah-ubah (hati), tdk tetap hati; (of weather) mudah berubah-ubah, tdk tetap: she has a ~ disposition, dia mudah berubah-ubah orangnya; a ~ lover, kekasih yg mudah berubah-ubah hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unchangedadj tdk berubah: methods ~ for hundreds of years, kaedah yg tdk berubah setelah beratus-ratus tahun; his attitude remains ~, sikapnya tetap tdk berubah; he returned to his village to find everything ~, dia pulang ke kampung dan mendapati segala-galanya tdk berubah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shiftingadj berubah-ubah: the ~ sands of the desert, pasir gurun yg berubah-ubah; constantly ~ opinions, pendapat yg selalu berubah-ubah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncertain4. changeable, berubah-ubah: an actor of ~ temperament, pelakon yg berubah-ubah perangainya; ~ weather, cuaca yg berubah-ubah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
changeableadj 1. inconstant, berubah-ubah, bertukar-tukar: his ~ nature, sifatnya yg berubah-ubah; 2. alterable, /dapat, boleh/ /berubah, bertukar/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
variableadj 1. changeable, berubah-ubah: he is a man of ~ opinion, dia lelaki yg berubah-ubah fikirannya; a ~ rainfall, jumlah hujan yg berubah-ubah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
veer2. (fig.) berubah (haluan): public opinion seems to be ~ing towards the Conservative Party, pendapat ramai nampaknya sedang berubah ke arah Parti Konservatif; her feelings ~ed from anger to amusement, perasaannya berubah dr rasa marah kpd rasa geli hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas