Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru/] | بروق

Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru/] | بروق

Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruk

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Dibungkus dengan sekarung kain;
Sungguh buruk hati berkenaan,
     Tidak saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
MACAQUE

Macaque ialah nama beberapa spesies monyet

besar dan kuat. Sesetengah macaque beratnya lebih

daripada 15 kilogram. Kebanyakannya hidup di

kawasan sederhana panas di selatan Asia. Satu

spesies, iaitu beruk Barbary, hidup di utara Afrika dan

Gibraltar (lihat Beruk Barbary). Satu lagi spesies,

macaque Jepun hidup di utara sejauh Pulau Honshu,

tempat salji turun pada musim sejuk. Ia adalah satu-

satunya monyet yang hidup liar di Jepun.

UMUM 
YERKES, ROBERT MEARNS

Yerkes, Robert Mearns (1876–1956), pakar

psikologi Amerika yang terkenal dengan

penyelidikannya mengenai tingkah laku beruk.

Buku karangannya yang paling penting

ialah The Great Apes: A Study of Anthropoid

Life (1929).

UMUM 
MONYET

Monyet adalah satu daripada banyak jenis

mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang

paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –

bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang

dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.

Kecerdikan monyet membolehkannya

menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.

Oleh sebab persamaan antara monyet dengan

manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam

penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit

manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali

sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen

menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).

UMUM 
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 
MAS COTEK

Mas cotek, tumbuhan herba yang juga dikenali sebagai telinga beruk atau serapat angin.

PERTANIANFlora dan Fauna
KONGKANG

Kongkang ialah haiwan yang bergerak perlahan,

yang hidup di atas pokok. Kongkang ialah primat,

iaitu anggota order haiwan yang termasuk monyet,

beruk, dan manusia.

UMUM 
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM 
DUBOIS, EUGÉNE

Dubois, Eugéne (1858–1941) ialah ahli anatomi

dan ahli antropologi fizikal Belanda. Semasa

berada di Jawa pada tahun 1891 dan 1892, dia

telah menemui satu fosil tulang yang kemudiannya

dinamakannya sebagai Pithecanthropus erectus

atau beruk yang berjalan dengan tegak (lihat

Manusia Jawa).

UMUM 
Q

Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia

merupakan huruf yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia

merupakan huruf yang digunakan oleh orang

Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.

Mereka menamakannya sebagai qoph yang

mungkin bermaksud beruk atau monyet dan

mereka menulisnya dengan simbol gambar yang

melambangkan seekor monyet. Orang Yunani

kemudiannya meminjam huruf Q ini buat seketika

waktu dan menyebutnya koppa. Orang Rom

mengambilnya daripada orang Yunani, dan

memberikan bentuk huruf Q besar seperti yang

ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan

huruf u selepas q . Lihat Abjad.

UMUM 
12

Kembali ke atas