Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru/] | بروق

Definisi : sj kera besar (dapat diajar memanjat kelapa dan memetik buahnya), Macaca nemestrina; ~ ekor singa, Macaca silenus; ~ Jepun, Macaca fuscata; ~ kentui, Macaca artoides; ~ hantar hasil = serah ~ beguk, degum; bagai ~ kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan; berhakim kpd ~ prb meminta hukum kpd orang yg tamak; bertukar ~ dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya; mabuk kerana ~ berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru/] | بروق

Definisi : nama sj binatang spt kera yg dpt diajar memanjat kelapa dsb, Macacus memetrinus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruk

Puisi
 

Anak beruk sebesar lengan,
     Dibungkus dengan sekarung kain;
Sungguh buruk hati berkenaan,
     Tidak saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Beruk TuaAripin SaidUtusan Zaman18.02.1990
Beruk MatyehBayu TimurMingguan Malaysia21.09.1975
Beruk MatyehBayu TimurMingguan Malaysia21.09.1975
Beruk MatyehBayu TimurMingguan Malaysia01.09.1975
BerukMd Ishak A RahmanBerita Minggu (Sastera & Budaya)18.04.2004
Seekor BerukZahari HasibMingguan Malaysia28.05.2006
Seekor Beruk TuaMohd Azmi SulongBacaria12.09.1990
Minta 'Beruk' ayat pertama HussienAzwani Abdul GhaniHarian Metro12.04.1993
Maharaja Beruk: untuk apa?Abu Musa ShaariWatan21.04.1988
Cinta Seekor BerukTiadaMingguan Wanita09.11.1986
12

Kembali ke atas