Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Ikan julung dalam telaga,
     Makan kail umpan terlekat;
Tiada beruntung badan celaka,
     Buat baik menjadi jahat.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bulan turun ke ribaannya.

Bermaksud :

Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Nama Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntungBeruntung bermaksud beroleh untung atau bernasib baik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk beruntung">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntung.Makna28.10.2015
Nama saya Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntong?Maksud perkataan "beruntung" ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh beruntung kerana suaminya sangat bertimbang rasa. Untuk maklumat lanjut sila layari beruntung">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntungTatabahasa04.11.2015
Nama saya Solihah Chewae belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna beruntungMenurut data kami, maksud beruntung ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa.Makna16.11.2015
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasihKami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan.Istilah04.12.2015
salam 1 Malaysia, soalan saya. Bolehkah perkataan 'deprivasi' digunakan untuk merujuk kepada keadaan tidak beruntung? contoh ayat; keadaan infrastruktur yang kurang di kawasan luar bandar, menyebabkan masyarakat luar bandar dalam keadaan terdeprivasi dalam semua aspek--sosial,ekonomi, dan politik. terima kasihPerkataan "terdeprivasi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami ialah, tuan boleh mengantikan perkataan tersebut dengan "ketinggalan."Tatabahasa24.11.2015
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasihBertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih.Bertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih.Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain.Tatabahasa13.04.2011
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an?

Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul.

Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu:
1. Bergantung pada konteks ayat.
2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan  perihal beruntung.

Tatabahasa29.03.2021
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013

Kembali ke atas