Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bés] | بيس

Definisi : (bés) (Kim) sebatian yg bertindak balas dgn asid utk membentuk garam dan air; ~ kuat bes yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemah bes yg tercerai separa menjadi ion di dlm larutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bés] | بيس

Definisi : (bés) 1. (suara dan alat muzik) nada muzik rendah; 2. penyanyi atau alat muzik yg bernada rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bés] | بيس

Definisi : /bés/ ist sebatian kimia yg menghasilkan garam dan air apabila bercampur dgn asid. kebesan bilangan ion hidrogen yg terbentuk drpd satu molekul asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protein coding genegen pengekodan proteinBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang mengekodkan protein, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Timina), yang dikenali sebagai kodon.
non protein coding gengen pengekodan bukan proteinBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang mengekodkan RNA, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Urasil) yang dikenali sebagai kodon.
initiation codonkodon permulaanBioteknologiTiadaJujukan khusus bes-bes (AUG atau GUC) yang mempunyai molekul tRNA yang membawa residu metionina terikat dalam langkah pertama sintesis protein.
sequence analysisanalisis jujukanSains ForensikTiadaPenentuan turutan bes-bes nukleotida dalam molekul DNA atau jujukan asid amino dalam suatu protein. Dalam pemeriksaan DNA forensik yang berdasarkan teknologi RFLP atau STR, turutan DNA pada lokus yang dipilih dianalisis untuk membezakan antara individu. Lihat juga RFLP, STR.
gene sequencingpenjujukan genBioteknologiTiadaTeknik yang digunakan untuk menentukan jujukan bes-bes dalam DNA yang mengekod sesuatu polipeptida.
basebesKimiaTiadaSebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan OHˉ (bes Arrhenius0, dan sebatian yang menerima H+ (bes Lowry-Bronsted); misalnya, Na-OH dan NH3. Bes juga dapat ditaktifkan sebagai sebatian yang menderma sepasang elektron bebas (bes Lewis), misalnya NH3 dan OTˉ. Bes terbahagi kepada bes kuat dan bes lemah. Larutan bes rasanya pahit, mempunyai pH lebih daripada 7, menukarkan kertas litmus merah kepada biru, dan bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air.
ribonucleic acidasid ribonukleikKimiaBiokimiaSekumpulan polimer asli yang terdiri daripada unit-unit fosfat dan D-ribosa yang berselang-seli dengan bes-bes adenina, guanidina, sistosina dan urasil yang terikat pada satu kedudukan ribosa dan membentuk suatu rantai panjang. Asid ini terdapat di dalam sel-sel hidup dan mempunyai fungsi genetik. Terdapat empat jenis asid ini, iaitu RNA pengutus, RNA ribosom, RNA pemindah dan RNA viral.
molecular sequence similaritykemiripan jujukan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulKeadaan dua jujukan DNA atau protein yang mempunyai bes (contohnya, bes adenina dijajakan dengan bes tiamina) atau asid amino yang mirip (contohnya, asid amino lisin dijajarkan dengan asid amino valin) pada kedudukan yang sama sewaktu dijajarkan. Kemiripan bes atau asid amino ini ditentukan oleh sifat fizikokimianya. Kemiripan jujukan molekul diukur dalam bentuk peratusan.
molecular sequence identitykeserupaan jujukan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulKeadaan dua jujukan DNA atau protein yang mempunyai bes (contohnya, bes urasil dijajarkan dengan bes urasil) atau asid amino yang serupa (contohnya, asid amino prolin dijajarkan dengan asid amino prolin) pada kedudukan yang sama sewaktu dijajarkan. Keserupaan jujukan molekul diukur dalam bentuk peratusan.
deoxyribonucleic acidasid deoksiribonukleikKimiaBiokimiaAsid nukleik yang mengandungi maklumat gen dan histon, dan menjadi kromosom dalam organisma peringkat tinggi. Asid ini merupakan polinukleotida yang mempunyai gula 2-deoksi-D-ribosa dan bes-bes adenina, guanina, sitosina dan timina.
12345678910...

Kembali ke atas