Salam sejahtera, saya ingin menanyakan 1. Apakah beza penggunaan BESAR KEMUNGKINAN dengan KEMUNGKINAN BESAR dalam ayat. | Besar kemungkinan dan kemungkinan besar, membawa maksud yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh ayat: Besar kemungkinan - Besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja. Kemungkinan besar - Ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan | Istilah | 25.06.2015 |
1. guru besar perlu tulis huruf besar G dan huruf besar B dalam ayat tak? 2. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Ayat di atas betul tak? Add kesalahan tak? | 1. Guru besar tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana guru besar merupakan kata nama am. 2. Ayat yang gramatis ialah Buah kelapa di Restoran Mahligai itu mahal harganya. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
Minta penjelasan daripada tuan tentang penggunaan kata ganda. Yang manakah betul? Guru-guru besar / Guru besar-guru besar | Frasa yang betul ialah guru-guru besar. | Tatabahasa | 17.10.2017 |
Yang manakah penggunaan yang tepat bagi perkataan 'menghadap' @'mengadap' dalam ayat berikut: 1) Perdana Menteri akan menghadap Sultan Pahang. 2) Perdana Menteri akan mengadap Sultan Pahang. | Merujuk Kamus Dewan, daripada perkataan hadap menjadi menghadap yang bermaksud datang menemui (raja atau orang besar-besar). Perkatan mengadap juga ditemukan dalam Kamus Pelajar yang bermaksud menghadap (raja atau orang besar-besar). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut betul, namun dalam konteks ayat yang tersebut perkataan mengadap lebih kerap digunakan. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar | Perkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Salam. "Guru Besar" atau "guru besar " Terima kasih. | Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Selamat sejahtera, Puan Ambika Guru Besar di SJKT Bukit Permai.Puan Ambika guru besar yang peramah.(adakah kedua-dua guru besar perlu ditulis huruf besar?) Terima kasih. | Perkataan guru besar dalam kedua-dua ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar pada huruf pertama kerana merujuk kepada kata nama am. Perkataan guru besar hanya ditulis menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan sekiranya merujuk kepada kata nama khas, seperti Guru Besar SJKT Bukit Permai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 84 - 85. | Tatabahasa | 15.01.2024 |
Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar. | Ejaan | 02.09.2016 |
Penggunaan kata ganti nama guru besar, bilakah perlu dieja dengan huruf besar (selain daripada permulaan ayat)? | Untuk makluman, guru besar ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. | Tatabahasa | 10.09.2013 |