Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar diri;

Peribahasa

Melonjak badar,
     melonjak gerundang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Main badar, main gerundang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detachtak terlibatSejarahTiadaPerbuatan memisahkan diri atau mengasingkan diri daripada satu kumpulan besar atau induk.
inferiority complexkompleks rendah diriPsikologiPsikologi UmumPerasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri.
hypochondriasishipokondriasisPsikologiPsikologi UmumBentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
castlekubu kota; mahligaiSejarahTiada2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri.
monumental scaleskala monumentalLandskapTiadaUkuran bandingan yang lebih luas dan besar daripada saiz manusia biasa. la biasanya dibuat untuk menimbulkan perasaan rendah diri pemerhati. Contohnya, Piramid di Mesir.
vested interestkepentingan diriSains PolitikPolitik PerbandinganKepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat.
saltatory condition/saltatorialkeadaan saltatoriBiologiFisiologi1. Sifat haiwan yang telah menyesuaikan diri untuk melompat kerana salah satu atau beberapa anggotanya telah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, kaki belakang belalang bersaiz lebih besar berbanding dengan kaki belakang serangga yang lain. 2. Suatu keadaan yang menunjukkan pergerakan melalui suatu ruang, misalnya aliran melalui buku Ranvier pada gentian saraf bermielin.
long-term memory (LTM))ingatan jangka panjang (LTM)PsikologiPsikologi UmumIngatan yang menyimpan banyak maklumat terutamanya yang bermakna dan signifikan dalam kehidupan individu. Maklumat yang tersimpan boleh membantu individu dalam pembelajaran, menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina identiti diri serta peribadi. Maklumat boleh disimpan mengikut semantik berkategori. Contohnya, nama seperti durian, nangka, ciku, rambutan, pulasan dan sebagainya boleh disimpan dan diingat di bawah konsep buah. Malah orang yang mengalami cacat ingatan juga boleh mengingati konsep buah sekalipun sukar menamakan buah tersebut. Sesuatu maklumat juga disimpan dalam bentuk bunyi dan rupa. Dalam fenomena hujung lidah, individu terasa seperti mengingati seseorang individu itu tetapi gagal menamakannya. Namun, bunyi nama individu itu berkemungkinan besar dapat diingat, misalnya jika nama orang itu khalid, nama seakan-akan dengannya seperti Walid, Mulid, Talib, Lid adalah lebih tinggi kemungkinan untuk diingat berbanding nama seperti Adam atau Hashim.
total coliformkoliform totalBiologiEkologiSpesies haiwan yang bersekutu dengan spesies lain untuk memperoleh makanan, tempat tinggal, dan perlindungan tanpa menyebabkan sebarang kerugian kepada pihak kedua. Misalnya, ikan remora yang melekatkan diri pada bahagian bawah ikan yu besar dengan pelekap di kepalanya, memakan sisa-sisa makanan ikan yu; ikan remora ini diangkut oleh ikan yu itu kemana-mana saja tanpa mencederakan ikan yu atau sebaliknya
123

Kembali ke atas