Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar nya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mail order advertisingpengiklanan pesanan posKomunikasiKorporatPengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal.
tongkungontongkungonMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan tali­nya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung, tokubung, takabung, dan tongkibong mempunyai bentuk yang hampir sama dengan tongkungon tetapi jarang dimainkan pada masa ini.


Kembali ke atas