Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.sa.ran] | بسارن

Definisi : Jw sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat atau utk makanan ulat sutera), Morus alba; bebesaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besaran

Peribahasa

Baru bertunas sudah dipetik,
     masakan boleh hidup.

Bermaksud :

Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi terjemahan "Mass Enablement"? "Mass Enablement" boleh ditakrifkan sebagai pengaktifan sesuatu kaedah secara besar-besaran. Contohnya, pengaktifan penggunaan kad Touch n Go di seluruh tol di Malaysia (dilakukan secara besar-besaran). Saya ada beberapa cadangan untuk terjemahan terma ini: 1. Pengaktifan Secara Besar-Besaran 2. Pengaktifan Secara Massa 3. Pengaktifan Berbesaran 4. Pengaktifan Besar-Besaran 5. Pengaktifan Besaran Harap tuan dapat cadangkan terjemahan yang sesuai bagi "Mass Enablement". Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bagi frasa "Mass Enablement" diterjemahkan sebagai pengaktifan massa (seperti pola mass phenomenon atau fenomena massa dalam bidang Antropologi dan Komunikasi). Namun, terdapat juga padanan lain yang tepat bagi istilah tersebut, iaitu pengaktifan menyeluruh atau pengaktifan berkelompok, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah18.01.2020
Operasi besar-besaran hendaklah dibuat sebagaimana yang telah dilakukan dalam usaha membanteras VCD cetak rompak. (Munsyi, saya ada membaca tentang istilah sebagaimana , seperti mana tidak sesuai digunakan dalam ayat, sama seperti yang mana, di mana. adakah ini benar? TK)Perkataan sebagaimana dan sepertimana boleh digunakan. Penggunaan perkataan ini tidak sama seperti perkataan yang mana dan di mana dalam ayat penyata. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Tatabahasa05.04.2012
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilangSambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran.Tatabahasa12.07.2011
1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah______ A. Agak B. Nian C. Sekali D. Benar 2. Datuk tidak bersetuju_____dengan pendapat ayah. A. Sangat B. Benar C. Nian D. Amat Apakah jawapan bagi kedua-dua soalan di atas? Minta penjelasan daripada tuan. Terima kasih.1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah___sekali___ 

 Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali.

2. Datuk tidak bersetuju___sangat__dengan pendapat ayah. 

Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa04.12.2013
Satu majlis meraikan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. bolehkah munsyi jelaskan antara perbezaan suatu majlis dengan satu majlis berdasarkan ayat di atas. Jawaban dalam buku rujukan; suatu majlis. TK banyak munsyiSuatu digunakan untuk bilangan tak tentu dan satu untuk bilangan tentu sama seperti satu, dua dan tiga. Ayat tersebut sepatutnya berbunyi Sambutan ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka.Tatabahasa03.07.2012
GRAND OPENINGPEMBUKAAN BESAR-BESARANLain-lain23.03.2011
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan?Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda.Lain-lain25.08.2010
salam.mohon pihak tuan anjurkan pertandingan pantun dan mohon dihebahkan secara besar-besaran.Untuk makluman puan, semua maklumat kegiatan terkini yang dianjurkan oleh di DBP akan disiarkan dalam laman sesawang DBP iaitu www.dbp.gov.my dan juga disiarkan di akhbar-akhbar perdana.Lain-lain15.09.2009
Adakah perkataan EKSTRAVAGANZA telah pun boleh dipakai di dfalam Bahasa Melayu?Maknanya ialah bentuk persembahan hiburan yg besar-besaran, canggih, berwarna-warni, mahal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.09.2008
Apakah istilah yang paling tepat untuk massively multiplayer online (MMO) dalam bahasa Melayu? MMO merupakan istilah yang digunakan dalam permainan dalam talian.Cadangan padanan jawapan yang sesuai bagi perkataan massively multiplayer online ialah pelbagai pemain dalam talian secara besar-besaran.Istilah26.08.2021
12

Kembali ke atas