Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.so/] | بيسوق

Definisi : (bésok) bp 1. esok hari, hari selepas hari ini: lebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia; ~ pagi esok pagi-pagi hari; ~ petang esok petang-petang hari; 2. = ~ lusa pd masa yg akan datang, kelak: apabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.so/] | بيسوق

Definisi : /bésok/ 1 hari selepas hari ini: Pagi ~ kita pulang. 2 masa yg akan datang tetapi tidak ditentukan; kelak: Apabila sudah ada wang ~, bolehlah kita pergi ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besok

Puisi
 

Besok hari Khamis,
     Lusa hari Jumaat;
Kalau hati kita bengis-membengis,
     Hidup kita tak selamat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Hari ini terlebih baik daripada besok.

Bermaksud :

Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBesok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu.
Kurik Kundi Merah SagaBesok hari Khamis, Lusa hari Jumaat; Kalau hati kita bengis-membengis, Hidup kita tak selamat.
Kurik Kundi Merah SagaBesok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak burung dadanya merah, Besok hari beralih putih; Beli borong memang murah, Asam manis apa dipilih.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Sabtu, Besok hari Ahad; Pergi sembahyang lima waktu, Baharu nabi mengaku umat.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Jumaat, Besok hari Sabtu; Jika nak kenal Nabi Muhammad, Pergilah sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.
123

Kembali ke atas