Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.so/] | بيسوق

Definisi : (bésok) bp 1. esok hari, hari selepas hari ini: lebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia; ~ pagi esok pagi-pagi hari; ~ petang esok petang-petang hari; 2. = ~ lusa pd masa yg akan datang, kelak: apabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.so/] | بيسوق

Definisi : /bésok/ 1 hari selepas hari ini: Pagi ~ kita pulang. 2 masa yg akan datang tetapi tidak ditentukan; kelak: Apabila sudah ada wang ~, bolehlah kita pergi ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besok

Puisi
 

Besok hari Khamis,
     Lusa hari Jumaat;
Kalau hati kita bengis-membengis,
     Hidup kita tak selamat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Hari ini terlebih baik daripada besok.

Bermaksud :

Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kini gatal besok digaruk.Pertolongan yang terlambat datang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hari ini terlebih baik daripada besok.Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok.Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ini hari orang, besok hari kita.Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas