Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.ra] | بتارا

Definisi : 1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.ra] | بتارا

Definisi : gelaran utk dewa atau raja: ~ Wisynu; ~ Majapahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih di atas cadangan nama 'Armada Buana' dan 'Armada Betara Kala'. Sepertimana yang telah saya maklumkan tadi pihak syarikat kami bercadang menamakan kapal baru itu bermula dengan huruf "P" sepertimana kapal FPSO awal kami 'Perkasa' maka nama kapal kedua yang bakal siap ini akan juga dinamakan bermula dengan huruf "P". Kalau boleh, nama itu hendaklah nama yang simple dan senang disebut dan diingat lebih-lebih lagi pelangan kami adalah terdiri dikalangan orang asing. Terima kasih.Cadangan lain ialah Pawana Buana. Pawana ialah angin atau bayu; atau Perwira Buana; atau Peterana Buana. Peterana ialah tempat duduk raja. Lain-lain26.02.2008
Apakah maksud dipersembah dan dipersembahkan? Sila nyatakan kegunaaan dua perkataan ini dalam ayat yang lengkap.Kata yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2025) ialah kata mempersembahkan dan dipersembahkan, yang diberikan takrif seperti yang berikut:

mempersembahkan kata kerja transitif [kata pasif: dipersembahkan, persembahkan]
1 menyampaikan (sesuatu berita, surat dan sebagainya) dengan takzim dan penuh hormat; menyembahkan.
Contoh penggunaan
Maka menteri itu pun mempersembahkan hal tersebut kepada Betara Raden Merpati.
Dengan segera perkara itu pun dipersembahkan kepada Sang Nila Utama.

2 bahasa kiasan 
menunjukkan atau menayangkan (tarian, filem dan sebagainya) kepada seseorang  atau khalayak.
Contoh penggunaan
Pelajar mempersembahkan tarian tradisional masyarakat di Sarawak semasa program tersebut.
Skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas.
Makna30.10.2023
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasihCadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit.Lain-lain26.02.2008
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf?

1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 

2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP.

3. Ke :-  kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo;   Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

Lain-lain19.03.2009
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023

Kembali ke atas