Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis paha

Peribahasa

Seperti Belanda minta tanah.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jantung I1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lututsendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lutut Isendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; temĀ­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) menĀ­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendedahan1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa MelayuKamus Pelajar Edisi Kedua
pendedahan1. perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2. pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu.Kamus Pelajar
tahan tuakduduk dgn tidak sopan yg menyebabkan kain terselak lalu menampak-kan betis atau paha.Kamus Dewan Edisi Keempat
sila Icara duduk dgn kaki berlipat dan bersilang. bersila duduk dgn kaki berlipat dan bersilang. ~ angkat duduk dgn meletakkan betis ke atas paha yg sebelah lagi. ~ lutut duduk dgn melipatkan sebelah kaki mendatar dan yg sebelah lagi ditegakkan. ~ panggung duduk dgn melipatkan kaki dan meletakkan paha di atas paha yg sebelah lagi. menyilakan menyilangkan kaki spt bersila.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tuak II; tahan ~ duduk dgn tidak sopan yg menyebabkan kain terselak lalu menampak-kan betis atau paha.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersila angkatduduk dgn meletakkan betis ke atas paha yg sebelah lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sendi lututsendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas