Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beza baru dan baharu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah beza perkataan 'baru' dan 'baharu'? bagaimana penggunaanya di dalam ayat? Terima kasih.Perkataan baru dan baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai,  baru-baru ini. Perkataan Bharu/Bahru digunakan  dalam nama khas sahaja iaitu, Kota  Bharu dan Johor Bahru.Tatabahasa06.10.2016
apakah beza baru dengan baharu?

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

Tatabahasa13.10.2009
Salam sejahtera. 1) Adakah perkataan 'baru' itu sinonim kepada 'baharu'? Tesaurus dalam carian atas talian (PRPM) hanya mengatakan 'rujuk "baru"' tetapi tidak secara terang menyatakan sekiranya kedua perkataan ini bersinonim antara satu sama lain. 2) Walau bagaimanapun, Kamus Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan 'new' sebagai 'adj; baru, baharu' . Jadi, adakah ini bermakna 'baru' dan 'baharu' sinonim? 3) Sekiranya sinonim, apakah beza penggunaan kedua-duanya? Adakah secara formal/tidak formal atau ejaan standard/tidak standard, etc? Adakah ianya hanya perbezaan 'stylistic'. 4) Adakah salah sekiranya saya menulis 'Selamat Datang Mahasiswa dan Mahasiswi Baru' yakni tidak menggunakan 'baharu'? Terima kasih.Kata baru dan baharu bukan sinonim kerana sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, misalnya cantik dengan indah. Sebaliknya kata baru dan baharu dianggap sebagai varian (bentuk atau ejaan yang berlainan bagi perkataan yang sama) dalam bahasa Melayu. Seperti yang dimaklumi, Kamus-Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan new sebagai baru dan baharu. Ini bermakna untuk frasa bahasa Inggeris seperti New Edition dan New Car boleh diterjemahkan kepada Edisi Baru atau Edisi Baharu dan Kereta Baru atau Kereta Baharu. Walau bagaimanpun dalam bahasa Melayu kata terbitan daripada kata baharu lebih produktif berbanding dengan kata terbitan daripada kata baru. Contohnya kata baharu menerbitkan kata membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan dan pembaharu; manakala kata baru menerbitkan kata baru-baru dan membarukan.Tatabahasa05.09.2011
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan  Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara.

Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja.

 

Lain-lain15.07.2010

Kembali ke atas