Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah definasi bagi perkataan Voltan dan Amphere.Definisi bagi perkataan Voltan ialah beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt). Ampere ialah sejenis unit sukatan arus elektrik.Makna15.02.2007
Assalamualaikum. Mohon untuk semak ayat-ayat di bawah daripada segi penggunaan simbol (V) untuk voltan/volt dan perkataan adalah. Terima kasih. 1. Belut elektrik mampu menghasilkan voltan sebanyak 800 volt. 2. Elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).Voltan bermaksud daya gerak elektrik atau beza keupayaan yang disebut dalam unit volt. Penggunaan perkataan voltan dan vot dalam ayat adalah betul.Makna10.01.2017
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih.Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi."Makna07.09.2022

Kembali ke atas