Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beza keupayaan(Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
voltan(Fiz) beza keupayaan elektrik atau daya gerak elektrik (diukur dlm unit volt); ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan (kilang, rumah dsb); ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
voltanist daya gerak elektrik atau beza keupayaan yg disebut dlm unit volt. ~ rendah voltan yg tidak melebihi 250 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik ke bangunan, kilang, rumah dsb. ~ tinggi voltan yg melebihi 650 volt, digunakan utk membekalkan kuasa elektrik dr pencawang ke pencawang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
voltanist daya gerak elektrik atau beza keupayaan yg disebut dlm unit volt.Kamus Pelajar
elektroskop(éléktroskop) alat utk mengesan cas elektrik dan beza keupayaan elektrik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapasitans(Fiz) nisbah cas pd salah satu konduktor sesuatu kapasitor terhadap beza keupayaan antara konduktor-konduktor itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
elektron voltunit tenaga yg bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt.Kamus Dewan Edisi Keempat
beza(béza) 1. = perbezaan keadaan atau sifat yg tidak sama antara satu drpd yg lain, kelainan, ketidaksamaan: banyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; 2. selisih (pd ukuran dll): satu ela dgn satu meter tidak jauh ~nya; ~ keupayaan (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;berbeza berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan;berbeza-beza, berbezaan berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya;membeza mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); membezakan 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; memperbezakan menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain;perbezaan 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain;pembezaan 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan;pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); pembeza (orang, benda) yg membezakan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas