Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar] | بيار

Definisi : 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar] | بيار

Definisi : 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wujudkah frasa 'Biar betul?'Frasa "biar betul" wujud dan digunakan dalam bahasa percakapan tetapi tidak digunakan untuk konteks rasmi.Lain-lain30.11.2020
Assalamualaikum. Peribahasa: Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Saya ingin bertanya, mengapa 'telinga tempayan' itu dikatakan membawa kepada kebaikan sedangkan maksud 'telinga tempayan' adalah orang yang tidak mahu mendengar kata? Sudilah kiranya pihak tuan menerangkan, mengapa maksud peribahasa itu begitu. Terima kasih.Dalam pangkalan data kami  tidak ada maklumat tentang sebab peribahasa tersebut diungkapkan, melainkan maksud  peribahasa seperti yang puan maklumi. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat yang berkaitan.Makna01.06.2014
1. Biar saya menyelamatkan budak itu! 2. Biar saya selamatkan budak itu! Ayat manakah yang gramatis?Kedua-dua ayat tersebut gramatis.Tatabahasa16.08.2013
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih.

Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran.

Penyelidikan15.01.2018
Bolehkah ‘ membuat sesuatu kerja tanpa berputus asa ‘ diterima sebagai maksud bagi Peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam ?Peribahasa "alang-alang berdakwat biar hitam" bermaksud berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. Kepalang tanggung bermaksud kurang sempurna.Makna03.12.2022
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu

Maksud "Belum duduk sudah berlunjur":
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

"Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.

Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa.

Makna23.02.2009
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu.Tatabahasa04.09.2015
Saya nak tanya kemusykilan, bolehkan peribahasa berikut di tukar spt ini..Gengam bara api biar sampai jadi EMAS? mungkinkah bara boleh menjadi emas? adakah peribahasa boleh ditukar sewenang2nya dan tidak menjadi kesalahan dari segi keasliannya? mohon pencerahan.

Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran.

Sastera24.03.2016
versi penuh peribahasa biar mati anak jangan mati adat

Saudara Muhammad Ali Sobri,

Makna peribahasa tersebut ialah adat yang tidak boleh dilanggar.

Makna10.03.2010
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah?Frasa yang betul ialah paip getah.Tatabahasa10.07.2012
12345

Kembali ke atas