Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unusual1. uncommon, tdk biasa, luar biasa: such cold weather is ~ at this time of year, cuaca sejuk begini tdk biasa pd masa ini; his behaviour is rather ~, perangainya agak luar biasa; she has an ~ name, namanya agak luar biasa; not ~, biasa: it is not ~ for him to arrive early at work, memang biasa baginya tiba awal di tempat kerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commonplaceadj 1. ordinary, approp n + biasa; (attrib) biasa: travelling by air is ~, perjalanan dgn kapal terbang adalah perkara biasa; her ~ daily tasks, tugas hariannya yg biasa; he is just a ~ man, dia hanyalah orang biasa; 2. trite, dull, biasa: ~ remarks, kata-kata biasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
familiaradj 1. well-known (to) biasa + approp v: a ~ voice, suara yg biasa didengar; ~ scent, bauan yg biasa dihidu; ~ scenes of childhood, pemandangan yg biasa dilihat pd zaman kanak-kanak; 2. common, biasa: slums are a ~ sight in big cities, kawasan setinggan ialah pandangan yg biasa di bandar raya besar; 3. be conversant with, tahu (benar): he’s ~ with the roads here, dia tahu benar ttg jalan-jalan di sini; you are still not ~ with the rules, kamu masih belum tahu ttg peraturan-peraturan itu; 4. intimate, rapat; be on ~ terms, mempunyai hubungan rapat; 5. unduly personal, melewati batas: the man’s ~ attitude angered her, sikap lelaki yg melewati batas itu menimbulkan kemarahannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraordinaryadj 1. not ordinary, exceptional, /i> luar biasa: a woman of ~ beauty, wanita yg luar biasa cantiknya; his talent for music is ~, bakat muziknya luar biasa; 2. strange, remarkable, luar biasa: she wears ~ clothes, pakaiannya luar biasa; his behaviour was most ~, kelakuannya luar biasa sekali; 3. out of the usual course, luar biasa: an ~ meeting was held following the arrest of two of the company’s directors, satu mesyuarat tergempar diadakan berikutan penangkapan dua drpd pengarah syarikat itu; 4. (fml) employed for particular events, purposes, dgn tugas khas: ambassador ~, duta dgn tugas khas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncommonadj 1. rarely encountered, tdk biasa (approp v): birds which are ~ to this region, burung-burung yg tdk biasa didapati di kawasan ini; that’s an ~ name, itu ialah nama yg tdk biasa didengar; not ~, biasa, bukan tdk biasa: rain is not ~ at this time of the year, hujan biasa turun pd waktu ini setiap tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
usualadj biasa: he arrived at work at the ~ hour, dia sampai di tempat kerja pd waktu biasa; because of the traffic jam he arrived later than ~, oleh sebab kesesakan lalu lintas, dia sampai lewat drpd biasa; he put the hammer back in its ~ place, dia meletakkan balik tukul itu di tempat biasanya; it is not ~ to have snow at this time of the year, memang tdk biasa salji turun pd masa ini; as ~, spt biasa; (colloq) macam biasa: business as ~, perniagaan spt biasa; she behaved as ~ despite her grief, dia berkelakuan spt biasa walaupun dia bersedih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
virtuosityn kehebatan yg luar biasa: a performance that displayed his ~, persembahan yg memaparkan kehebatannya yg luar biasa; of great ~, luar biasa hebatnya: an artiste of great ~ , artis yg luar biasa hebatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remarkableadj luar biasa: a man ~ for his perseverance, lelaki yg luar biasa ketekunannya; he played with ~ skill, dia bermain dgn kemahiran yg luar biasa; the most ~ features of the country, ciri-ciri yg paling luar biasa di negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regularadj 1. usual, normal, biasa: ~ working hours, waktu kerja biasa; ~ size, saiz biasa; he sat in his ~ place, dia duduk di tempat biasanya; who is your ~ doctor?, siapakah doktor biasa kamu?; 2. not varying or changing, tetap: the patient’s pulse is ~, denyutan nadi pesakit itu tetap; his attendance at school is not ~, kehadirannya di sekolah tdk tetap; a man of ~ habits, orang yg tetap kebiasaannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraordinarilyadv 1. exceptionally, luar biasa: an ~ talented girl, kanak-kanak perempuan yg luar biasa bakatnya; 2. strangely, luar biasa: he has been acting ~, dia berkelakuan luar biasa; 3. more than usually, terlalu: she took an ~ long time to do her hair, dia mengambil masa yg terlalu lama utk mendandan rambutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas