Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.wa/] | بياوق

Definisi : sj binatang yg menyerupai buaya (tetapi lebih kecil); jenis-jenisnya: ~ air = ~ riang-riang sj biawak yg besar, geriang, keriang, Varanus salvator; ~ bunga = ~ puru, Varanus nebulosus; ~ kudung sj biawak pohon, jiawang, jawang, Varanus dumerili; ~ serunai sj biawak yg bahagian kepalanya panjang menjulur, Varanus rudicollis; ~ kudung masuk kampung prb tersesat ke kampung musuh atau pencuri yg dikenali oleh orang ramai; bila pula ~ duduk prb hal sesuatu yg mustahil; mendukung ~ hidup prb melakukan sesuatu yg menyusahkan diri sendiri;membiawak berjalan dll spt biawak, menggelincir: maka diseru oleh Naina Ishak, katanya, “Hai Hang Hamzah, mengapa maka tuan hamba lari ~?” (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.wa/] | بياوق

Definisi : nama sj binatang yg menyerupai cicak tetapi jauh lebih besar dan ada yg suka memakan ayam, Varanus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biawak

Puisi
 

Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai biawak mengulangi bangkai.

Bermaksud :

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "Tekak Biawak" terdapat dalam simpulan bahasa?Untuk makluman, tidak terdapat simpulan bahasa "tekak biawak" dalam Kamus Peribahasa Bahasa Melayu terbitan DBP.Lain-lain10.08.2016
apakah maksud peribahasa Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat?Peribahasa "Di mana anjing menyalak, di situlah biawak memanjat" tidak terdapat dalam rujukan kami iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) dan Kamus Peribahasa (Abdullah Hassan)Lain-lain23.06.2008
Tuan,berapakah suku kata perkataan di bawah?Terima kasih. 1)biawak 2)siasatSuku kata perkataan tersebut:

1. biawak - 3 suku kata
2. siasat - 3 suku kata
Tatabahasa20.10.2015
Simpulan Bahasa "Tekak Biawak" kerap digunakan oleh generasi terdahulu. Rujukan secara rambang mendapati ia digunakan secara meluas malangnya ramai yang tidak memahaminya kerana kurang pendedahan. Adakah DBP berhasrat untuk mendaftarkan Simpulan Bahasa ini agar ia tidak hilang ditelan zaman?Tidak ada maklumat tentang frasa "tekak biawak" dalam sumber rujukan kami. Melalui carian di internet juga tidak menemukan bukti yang jelas tentang  penggunaan frasa berkenaan, kecuali dalam komunikasi tidak rasmi.Tatabahasa10.08.2016
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
merujuk kepada kamus dewan edisi kedua: [riang] | رياڠ Definisi : ; riang-riang nama sj binatang spt biawak yg besar, Varanus salvator. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Adakah riang-riang boleh disingkatkan kepada reriang? [re.riang] | ررياڠ Definisi : 1 nama sj serangga, Pomponia imperatoria. 2 serangga yg berkepala lebar, berkepak lejas dan yg jantannya mempunyai sepasang organ yg mengeluarkan bunyi yg nyaring, Cicada spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Reriang I Definisi : riang-riang (sj serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Reriang I Definisi : riang-riang (sj tumbuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat) Soalan kedua: Patung-patung = Dragonfly? Sepatung = Dragonfly? Pepatung = Dragonfly?1. Perkataan reriang boleh digunakan.

2. Padanan bahasa Melayu bagi dragonfly ialah pepatung atau patung-patung.
Tatabahasa24.09.2017
1. Ali dan Muthu bermain dengan riang-riang. * merujuk kamus dewan edisi ke-4, m.s.1329 riang-riang I ; biawak riang-riang II; sejenis serangga yg sayapnya lut sinar Berdasarkan ayat 1, riang-riang mungkin merujuk kepada maksud II, iaitu sejenis serangga. Maka ayat 1-bermaksud Ali dan Muthu sedang bermain dengan serangga yang berkenaan(reriang=riang-riang). Soalan: Adakah ayat 1 betul kalau bermain dengan serangga yang dimaksudkan itu ? Sekian ,terima kasih.Sekiranya riang-riang yang bermakna sejenis serangga yang dimaksudkan, ayat tersebut boleh dibaiki dengan menambahkan kata bilangan (ekor) untuk mengelakkan kekeliruan; contohnya Ali dan Muthu bermain dengan seekor riang-riang.Tatabahasa20.10.2014
Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan yang biasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk mengambarkan sifat-sifat, tingkahlaku, situasi dan perangai spontan mausia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Rujuk fail yang dilmpirkan.

DBP mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.  Peribahasa Tekak Biawak memang wujud.  Kemungkinan dalam penyusunan buku peribahasa, peribahasa tekak biawak ini telah terlepas pandang.  Pihak kami mengambil maklum.  Peribahasa ini akan dimasukkan dalam penyusunan buku peribahasa akan dating.

Lain-lain11.08.2016
Yg mana jawapannya. Kedudukannya dalam syarikat itu ----------kerana ramai pekerja baharu yang lebih berpendidikan daripadanya. A. seperti ikan dalam belat B. seperti aur dengan tebing C. seperti telur di hujung tanduk D. seperti mendukung biawak hidup.

Saudara,

Jawapan yang sesuai ialah seperti telur di hujung tanduk.

Tatabahasa25.08.2010
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini. 1. Penghulu Kampung Talang selalu berjanji akan memberi bantuan kepada penduduk miskin namun dia tidak pernah mengotakan janjinya. Segala kata-katanya kini tidak lagi dipercayai. Maruahnya sebagai penghulu sudah tidak ada lagi. (a) (b) (c) 2. Penyakitnya masih belum sembuh walaupun telah berubat di merata-rata tempat. Namun dia tetap tidak berputus asa. Dia percaya bahawa selagi ada usaha akhirnya dia akan berjaya. (a) (b) (c)Peribahasa yang menggambarkan seseorang yang mudah berjanji tetapi tidak ditepati ialah lidah tak bertulang.  Manakala kata-kata yang tidak boleh dipercayai ialah lidah bercabang atau lidah biawak. Untuk menjawab soalan (3), peribahasa yang menggambarkan orang yang tidak mudah berputus asa ialah cari ikhtiar.  Untuk memberikan kfahaman yang mendalam tentang peribahasa Melayu , sdr dinasihatkan membaca buku Peribahasa terbitan DBP.Tatabahasa28.04.2009

Kembali ke atas