Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.wa/] | بياوق

Definisi : sj binatang yg menyerupai buaya (tetapi lebih kecil); jenis-jenisnya: ~ air = ~ riang-riang sj biawak yg besar, geriang, keriang, Varanus salvator; ~ bunga = ~ puru, Varanus nebulosus; ~ kudung sj biawak pohon, jiawang, jawang, Varanus dumerili; ~ serunai sj biawak yg bahagian kepalanya panjang menjulur, Varanus rudicollis; ~ kudung masuk kampung prb tersesat ke kampung musuh atau pencuri yg dikenali oleh orang ramai; bila pula ~ duduk prb hal sesuatu yg mustahil; mendukung ~ hidup prb melakukan sesuatu yg menyusahkan diri sendiri;membiawak berjalan dll spt biawak, menggelincir: maka diseru oleh Naina Ishak, katanya, “Hai Hang Hamzah, mengapa maka tuan hamba lari ~?” (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.wa/] | بياوق

Definisi : nama sj binatang yg menyerupai cicak tetapi jauh lebih besar dan ada yg suka memakan ayam, Varanus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biawak

Puisi
 

Habis bayam disusur babi,
     Banyak mati terkena damak;
Ayam jangan bebaskan diri,
     Biawak tunggu di tepi semak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai biawak mengulangi bangkai.

Bermaksud :

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Biawak disangka jelmaan roh jahatTiadaBacaria18.11.1984
BiawakMuhammad Lutfi IshakMingguan Malaysia26.10.2003
Bagaimana "Biawak Busuk" dapat namaZakiah HanumBerita Minggu15.10.1995
Seekor Hantu, Kroni dan Seorang BiawakMarsli N.O.Mingguan Malaysia29.06.2008
Ramai yang hendak peluk gunung terpeluk biawak hidupPak SakoUtusan Zaman27.01.1985

Kembali ke atas