Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1 lapisan daging yg berisi pd tepi mulut dan dpt ditaup-taupkan: ~ atas bahagian tepi mulut sebelah atas; ~ bawah bahagian tepi mulut sebelah bawah. 2 bahagian tepi sesuatu yg menyerupai bibir manusia: ~ cawan bahagian tepi cawan; ~ telaga bahagian tepi telaga. 3 ki percakapan atau tutur kata seseorang: hanya di ~ saja hanya pd perkataan saja. berbibir mempunyai bibir: Bekas itu ~ lengkung dan bercorong (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan untuk bibir

Saudara/saudari,

Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas'  boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir.

"Seulas bibir"

Tatabahasa09.08.2012
Saya ingin bertanya penggunaan ayat untuk pada bibir atau di bibir. Adakah kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung pada pembinaan ayat? Contoh: Senyuman di bibirnya sangat manis. Contoh: Rekahan pada bibirnya semakin teruk.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  Contoh ayat:

pada: Terdapat luka pada bibir abang.

di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya.

 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274.

Tatabahasa05.03.2024
Puan, Bolehkah kita gunakan penjodoh bilangan "biji" untuk "bibir"? Ayat: Miki memiliki sebiji bibir yang cantik. Jika "biji" tidak sesuai untuk dipakai, jadi apakah cadangan puan? Tolong berikan tunjuk ajar. Terima kasih.

Saudara/saudari,

Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas'  boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir.

"Seulas bibir"

Tatabahasa21.07.2013
adakah benar sumbing bibir/lelangit menurut DBP adalah kesumbingan bibir dan lelangit atau mempunyai istilah yang lain ?Yang betul ialah sumbing bibir.Istilah20.08.2009
Saya inginkan kepastian peribahasa mana yang betul? Tanam tebu di bibir atau tanam tebu di tepi bibir?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Bertanam tebu di bibir. Takrifannya, mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).Sastera31.10.2015
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu.Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat.Tatabahasa09.11.2012
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan bagi: 1. Bibir 2. Senyuman

Waalaikummussalam saudari Anzalina,

Tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Sama halnya dengan perkataan bibir dan senyuman. Kedua-dua perkataan tersebut tidak memiliki penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif sering digandingkan bahasa puitis seperti seulas bibir dan sekuntum senyuman.

Tatabahasa07.10.2012
Saya minta maaf kerana soalan yang dikemukakan tidak jelas. Soalan saya ialah : kita boleh guna FRASA apa untuk menggambarkan /describe 'bibir bergerak' . Cth, mata bergerak boleh guna 'berkelip kelip'. Terima kasihCadangan jawapan yang sesuai bagi frasa untuk menggambarkan bibir bergerak ialah kumat-kamit. Contohnya, Bibir bomoh itu terkumat-kamit mambaca jampi.Tatabahasa16.06.2021
Jika 'eyeliner' menjadi penggaris mata, bolehkah 'lip liner' menjadi garis bibir?Kami mencadangkan "lipliner" diterjemahkan sebagai "penggaris bibir". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Salam sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD), kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk kata nama ataupun frasa nama yang merujuk kepada tempat. Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’ Kata sendi nama dan kata arah pula boleh berdampingan untuk menunjukkan hala ataupun jurusan. Persoalannya, adakah ‘di bawah naungan/perlindungan/pengawalan’ ataupun ‘di bawah Kementerian Pelajaran/Ordinan Kemajuan Tanah 1956’ merujuk kepada hala ataupun jurusan? Penjelasan Munsyi Dewan amat dihargai! Sekian.Salam Sejahtera. Kata sendi "di" yang digunakan dalam frasa "di tingkatan lima", "disebut-sebut di bibir" dan "tidak lekang di bibir" merujuk tempat. Kata sendi nama dan kata nama arah "di bawah" dalam contoh frasa yang diberikan merujuk jurusan.Tatabahasa28.04.2014
123

Kembali ke atas