cleft lip | klef bibir/bibir rekah | Perubatan | Tiada | Klef yang terdapat di bibir ketika lahir disebabkan kegagalan gabungan struktur embrio semasa pembentukan janin. |
labium | labium | Perubatan | Tiada | Tisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva. Pasangan bibir luar disebut labia majora dan pasangan bibir yang dalam disebut labia minora. |
cleft lip | bibir rekah | Perubatan | Tiada | Belahan kongenital bibir, biasanya bibir atas disebabkan kegagalan cantuman cuaran maksila dan cuaran hidung tengah. |
labia | bibir, labium | Perubatan | Tiada | Tisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva. |
labium | labium | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bibir atau sebarang struktur yang menyerupai bibir, seperti bibir vulva. |
double lip | bibir kembar | Perubatan | Tiada | Lipatan tisu berlebihan di bahagian mukosa bibir memberi gambaran bibir kembar. |
labium (plu. labia) | labium | Perubatan | Tiada | Tisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva. |
commisural pits | liang komisural | Pergigian | Tiada | Kecacatan pada kawasan pertemuan antara bibir atas dengan bibir bawah mulut yang membentuk liang di kawasan ini. Kecacatan ini berlaku disebabkan gangguan semasa percantuman bibir atas dan bawah. Rawatan tidak perlu dilakukan kerana kecacatan ini adalah minor. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit ingin mencantikkan bibir tersebut, pembedahan plastik boleh dilakukan. |
cleft lip | bibir rekah | Pergigian | Tiada | Bibir yang terbelah disebabkan gangguan yang berlaku ketika pembentukan bibir bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh terjadi di tengah atau di sisi bibir atas bergantung pada masa gangguan seperti jangkitan, sinar-X dan pengambilan ubat. Rekahan ini boleh ditutup secara pembedahan bagi mencantumkan semula bahagian yang rekah tersebut. |
lip-chewing habit | tabiat mengunyah bibir | Pergigian | Tiada | Keadaan parafungsi menggigit bibir secara sedar atau tidak tanpa fungsi tertentu yang menyebabkan kecederaan pada bibir. Keadaan ini mungkin dikaitkan dengan psikologi pesakit untuk menarik perhatian dengan mencederakan dirinya sendiri. Tabiat mengunyah bibir sukar dihalang kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit. |