Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Rumah cengal bertiang berancak,
     Kayu jelutung si kayu nangka;
Orang Jengal sungguhlah bijak,
     Pandai berpantun pandai berseloka.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "สวัสดี" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas.

Istilah22.08.2014
TUAN/PUAN TOLONG E-MEL KAN KEPADA SAYA KATA-KATA HIKMAT?

Kata hikmat ialah perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yang tinggi. Contoh kata hikmat ialah "Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat", Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan", Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain".  Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.

Lain-lain20.07.2009
assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarangSarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara.Lain-lain07.06.2011
Kuzai Mohd Oct 27th, 10:53am assalamualaikum dan selamat pagi ingin bertanya bolehkah pihak tuan/puan menerangkan perkataan ini beserta contoh Pandai / bijak / cerdik tq]Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Ketiga-tiga perkataan ini memberi makna yang sama. Pandai membawa maksud orang yang cerdik, pintar, terpelajar, bijak, cekap dan mahir. Bijak juga membawa maksud pandai, cerdik, pintar dan pandai bercakap. Manakala, cerdik membawa makdus dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai, banyak akal, licik dan tahu tipu muslihat. Misalnya, "adik pandai dalam matematik", "Kamal bijak dalam menyelesaikan soalan teka teki" dan "Sang Kancil cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya".Makna27.10.2015
Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Saya ingin bertanya mengenai apakah penterjemaan yang betul dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Resourceful" Contoh ayat - As a business owner, you need to be resourceful. Terima Kasih,

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “resourceful” bermaksud pintar. Maka, padanan lain yang juga tepat untuk menggambarkan “resourceful” dalam bahasa Melayu ialah bijak, pandai, cerdik atau cerdas (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan22.11.2019
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih.Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh.Makna10.07.2012
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014
Salam sejahtera, Bolehkah saya mengetahui apakah maksud "PI" di dalam definisi maklumat kata dalam carian umum DBP. Contoh seperti di bawah: [te.ra] | ترا Definisi : (téra) Kd, Pl pandai, bijak. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi perkataan-perkataan lain yang mempunyai singkatan "PI" ialah seperti pemo, sentak II, dll. Suatu masa dulu saya pernah bertanya di manakah perlu dicari senarai singkatannya, dan diberi tahu boleh didapati dari buku GAYA DEWAN EDISI KETIGA, di bawah tajuk SINGKATAN DAN AKRONIM. Lampiran PDF juga telah diberi, akan tetapi senarainya tidak lengkap dan lebih pada singkatan nama sahaja. Bantuan tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.PI ialah kependekan bagi Perlis. Saya lampirkan di sini senarai kependekan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan tuan. Harap membantu.Makna05.05.2020
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BIJAK DENGAN BIJAKSANA???Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bijak bermaksud pandai, cerdik. Bijaksana pula bermakna berakal budi, arif, pandai. Untuk keterangan lanjut dan mnegetahui makna perkataan sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Adakah frasa 'tinta azimat' yang sepatutnya bermaksud kata-kata hikmat, wujud?

Menurut Kamus Dewan “tinta” bermaksud dakwat dan “azimat” bermaksud bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas dan sebagainya. Manakala, “hikmat” pula merujuk kepada erti atau maksud yang dalam. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan bahawa “tinta azimat” merupakan hasil tulisan seseorang pada kertas atau medium lain berkenaan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan, sebaliknya “kata hikmah” merupakan kata-kata atau perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam penulisan rasmi penggunaan frasa "tinta azimat" tidak wujud.

Makna05.05.2020
12

Kembali ke atas