Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANAXAGORAS

Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa

perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan

seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa

semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji

benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak

pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam

kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim

hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih

yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya

kombinasi semula ini, gerakan diperlukan.

UMUM 
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 
BIJI UMUM 
MINYAK BIJI KAPAS

Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh

dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia

digunakan terutamanya untuk membuat masak

lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak

dan minyak salad.

UMUM 
PERCAMBAHAN

Percambahan ialah pertumbuhan biji benih.

Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen,

dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini,

terutamanya keperluan terhadap kepanasan,

berbeza-beza dari spesies ke spesies.

UMUM 
PSILIUM

Psilium ialah herba yang ditanam di selatan

Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang

digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai

kualiti julap dan digunakan dalam perubatan.

Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti

gelatin.

UMUM 
PITJANTJATJARA

Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli

Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup

berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik

Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi

Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini

mempunyai sedikit punca air atau lembah yang

subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah

dan lembing tetapi tidak menggunakan

boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir

mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan

buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan

cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput

dan bahagian tumbuhan untuk makanan.

UMUM 
SEKOI

Sekoi ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang

kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah

kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting

makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika.

Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi

tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis

digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di

sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi,

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.

UMUM 
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna
MOD

Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana

kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya,

seorang budak mengira telur dalam 77 sarang

burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai

sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang

mempunyai dua biji telur, lima sarang

mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang

mempunyai empat biji telur. Sarang yang

mempunyai dua biji telur ialah yang paling

banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau

nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah

nombor purata yang digunakan dalam bidang

statistik.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas