Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.kar] | بيکر

Definisi : bekas drpd kaca, berbentuk silinder, tidak bertutup dan berbibir (digunakan di dlm makmal utk membuat percubaan kimia): sekarang ambil dua biji ~ yg besar dan isi separuh dgn air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.kar] | بيکر

Definisi : bingkai, tepi: semua ~ saji diperbuat drpd rotan;berbikar mempunyai tepi (bingkai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.kar] | بيکر

Definisi : sj bekas drpd kaca yg berbentuk bulat torak, berbibir lengkung dan bercorong (digunakan dlm makmal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bikar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan, maaf kerana mengganggu tuan. Saya Nor Atika dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya, pendapat berkaitan dengan penjodoh bilangan. Boleh ke tuan? Saya bersama rakan-rakan saya membuat inovasi berkaitan dengan penjodoh bilangan. Saya ingin meminta pendapat tuan, bagaimana kami ingin menentukan penjodoh bilangan untuk peralatan dalam makmal seperti kelalang kon, bikar, termometer dan sebagainya. Adakah kaedah untuk menentukan penjodoh bilangan untuk perkara seperti itu ya tuan? Dengan ini , saya lampirkan bersama contoh perlatan untuk menentukan penjodoh bilangan yang. Terima kasih tuan atas bantuan tuan.
Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.  Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan.
Tatabahasa05.04.2020

Kembali ke atas