Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bil air


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bilpenyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial.Kamus Dewan Edisi Keempat
api1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menju­lang-julang; 2. kepanasan (haba) yg diguna­kan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): “A~! A~!” Hamid berteriak; 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau peme­tik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ per­cintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ per­kauman; ~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa; ~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka; ~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hen­daklah lekas diperbaiki sebelum ber­bahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak mem­beri harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb, Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan; api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; mengapi menjadi spt api atau menyerupai api; mengapikan, mengapi-apikan meng­hasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya; memperapikan memanggang; perapian tempat menyalakan api utk me­manaskan ruang, bilik dsb, pendiangan; pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas