Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang penggunaan perkataan dalam bahasa Malaysia bagi kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima. Adakah perkataan tersebut betul dalam istilah bahasa Malaysia? Sekian, terima kasih.Ya, betul. Kipas bilah tiga, kipas bilah empat dan kipas bilah lima.Istilah06.08.2018
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan.Makna12.06.2022
Bolehkah bilah digunakan untuk penjodoh bilangan bagi paku

Saudara,

Penjodoh bilangan untuk paku ialah batang bukan bilah.

Tatabahasa12.08.2010
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini.Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang.Tatabahasa30.07.2015
1. BOLEHKAN PIHAK TUAN MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN IMBUHAN KATA KERJA MEN... DAN MEN..KAN CONTOHNYA PERKATAAN JALIN. MANAKAH YANG BETUL SAMA ADA MENJALIN HUBUNGAN ATAU MENJALINKAN HUBUNGAN? HARAP MENDAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sdr. Asiyana, sila perhatikan makna perkataan ini bagi menjawab pertanyaan sdr. Terima Kasih.

menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;
menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan;

Tatabahasa05.12.2007
se______ gunting a. pasang b. bilah terima kasihJawapannya ialah sebilah guntingTatabahasa17.07.2019
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Bilah, pucuk, batang? Harap dapat jelaskan.Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum.Tatabahasa02.11.2011
Apa penjodoh bilangan untuk tombak? Bilah atau batang.Penjodoh bilangan untuk tombak ialah sebatang.Istilah17.08.2009
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ?Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum)Tatabahasa15.07.2014
1. Bagi jarum, penjodoh bilangan ialah pucuk atau bilah atau lain daripada ini ? 2. Pustakawan sedang menyusun buku. atau Pustakawan sedang menyusun buku-buku. Manakah satu ayat yang betul?1. Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang. 2. Pustakawan sedang menyusun buku.Lain-lain09.08.2010
123

Kembali ke atas