Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lah] | بيله

Definisi : 1. kepingan buluh (kayu, rotan, dll) yg dibelah panjang dan tipis: layang-layang itu mempunyai alat pendengung yg dibuat drpd ~ kayu dan daun mengkuang; 2. benda yg menyerupai bilah buluh dll (pisau, keris, dll): ~ pisau itu terjatuh di atas tanah; 3. penjodoh bilangan bagi pisau (keris, pedang, dll): di atas baju itu terletak se~ parang yg sudah dijampi; umpama ~ atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lah] | بيله

Definisi : 1 buluh atau kayu yg dibelah tipis dan panjang: Bidainya dibuat drpd ~ buluh. 2 benda yg menyerupai bilah buluh (spt mata pisau): Keris ini tidak berlok ~nya. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tipis dan panjang spt pisau, keris: Di dinding rumahnya, tersangkut dua ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biduk upih pengayuh bilah.

Bermaksud :

Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective-pitch controlkawalan himpunan anggulAeroangkasaTiadaProses kawalan yang mengubah sudut anggul bilah-bilah pemutar helikopter secara serentak.,Proses kawalan yang mengubah sudut anggul bilah-bilah pemutar helikopter secara serentak.
cyclic pitch controlkawalan anggul berkitarAeroangkasaTiadaProses kawalan yang mengubah sudut anggul bilah-bilah pemutar helikopter secara berkitar yang membolehkan helikopter bergerak ke hadapan, ke belakang dan ke sisi.,Proses kawalan yang mengubah sudut anggul bilah-bilah pemutar helikopter secara berkitar yang membolehkan helikopter bergerak ke hadapan, ke belakang dan ke sisi.
perautanperautanKesenianTiadaProses melicin dan menghaluskan bilah-bilah rotan atau buluh.
pembelahanpembelahanKesenianTiadaProses membelah rotan menjadi bilah-bilah mengikut ukuran yang dikehendaki.
penyangianpenyangianKesenianTiadaProses membelah lapisan buluh menjadi bilah-bilah kecil.
burburPergigianTiadaAlat pengisar gigi yang mempunyai bilah yang dibahagikan mengikut jenis bahan yang diperbuat dan mengikut bentuk serta saiz bilah. Bilah yang dibahagikan mengikut jenis yang diperbuat adalah seperti keluli, intan atau wolfram karbida. Manakala, bilah yang dibahagikan mengikut bentuk serta saiz adalah seperti bulat, silinder dan lidah api. Alat ini dipasang pada hanpis dan digunakan untuk memotong struktur gigi berkaries di dalam peringkat bebas karies dan membentuk struktur gigi di dalam peringkat penyediaan kaviti atau gigi.
malo (Kay.)malo (Kay.)KesenianTiadaProses membelah rotan menjadi bilah-bilah mengikut ukuran yang dikehendaki.
louvertingkap berbilahKesenianSeni BinaTingkap yang mengandungi susunan bilah-bilah dengan sudut sendeng tertentu sama ada berkedudukan tetap atau boleh laras. Ia bertujuan untuk membolehkan kemasukan cahaya matahari dan udara serta untuk menahan kemasukan air hujan melalui bukaan tersebut. Kini, tingkap berbilah bukan sahaja terdapat pada tingkap tetapi juga pada pintu, dinding atau siling bangunan. Di rumah-rumah Melayu tradisional, tingkap berbilah biasanya diperbuat daripada kayu.
fankipasKejuruteraanTiada2. Bahagian alat yang berputar, terdiri daripada bilah-bilah, digunakan untuk menghantar atau menghembus keluar udara atau gas dengan kenaikan tekanan yang sedikit.
basi Ib.basi Ib.KesenianTiadadalam pembuatan terendak. Basi disambung dengan bilah-bilah lain.
12345678910...

Kembali ke atas