Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan;

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila cukup bilangan hari, Tepati janji jangan berbohong; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bermain serong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Berjanji tidak berhelah lagi; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya tidak berbelah lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi nanti-menanti; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali maki-memaki.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi tunggu-menunggu; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali berlaku cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila cukup bilangan hari, Tunaikan niat lunaskan hutang; Apabila hidup bersuami isteri, Pakailah sifat berkasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila cukup bilangan hari, Hutang-piutang tentu dibayar; Bila hidup tahukan diri, Pantang larang tentu didengar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas