Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengkuantitiquantifierPernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti.Menengah Atas
kebarangkalian berdasarkan teoritheoretical probabilityKemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku yang boleh diukur berdasarkan nisbah bilangan hasil yang tertentu terhadap jumlah bilangan kesudahan yang mungkin.Menengah Atas
nombor1numberBilangan atau kuantiti objek. Lihat ContohSekolah Rendah
kuantitiquantityBilangan, jumlah atau amaun sesuatu benda atau objek. Lihat ContohSekolah Rendah
kekerapanfrequencyBilangan sesuatu nilai, perkara atau peristiwa yang berlaku dalam satu set data. Lihat ContohSekolah Rendah
triliontrillionNombor atau bilangan yang diikuti oleh 12 angka sifar. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 10¹² atau ditulis 1 000 000 000 000.Menengah Atas
kuantitiquantityJumlah atau bilangan suatu objek.Menengah Atas
tempat perpuluhandecimal placeBilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan).Menengah Rendah
kuantitiquantityJumlah atau bilangan sesuatu yang ditunjukkan oleh sebarang angka.Menengah Rendah
bahagidivideProses mengagihkan bilangan sesuatu objek kepada kumpulan sama banyak atau berkongsi sama banyak. Simbol bahagi ialah ÷. Lihat ContohSekolah Rendah
123

Kembali ke atas