Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kata bilangan dan penjodoh bilangan: hubungannya bagaimana?Supian Mohamad NoorWatan10.02.1995
Bilangan puisi yang berjaya sedikitAshaari MuhammadBerita Harian20.04.1991
Bilangan guru2 bahasa Malaysia di Sarawak akan ditambahTiadaBerita Harian11.09.1981
Konsep "Bilangan Pembaca" dipersoalkan [diwawancara oleh Darussalam ]Keris MasUtusan Zaman04.02.1968
Kata bilanganNik Safiah KarimBerita Harian09.10.1995
Penggunaan kata bilanganNik Safiah KarimBerita Harian25.08.1997
YIIB: Perihal Penjodoh BilanganZasran AbdullahUtusan Borneo28.01.2008
Sehari sebuah buku (Pemikir Bilangan 48, Edisi April-Jun 2007)Azlinariah AbdullahUtusan Malaysia17.05.2007
Persatuan Penulis Johor terbit 'Pita' bilangan limaTiadaUtusan Zaman03.08.1990
When not to use penjodoh bilanganAdibah AminSunday Star15.06.1997
12

Kembali ke atas