Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
singular numberbilangan singularisbilangan mufrad/ bilangan tunggalbilangan mufradLinguistik
multiplicative numeralbilangan perkalian, bilangan perulangankata bilangan perkaliankata bilangan perkalianLinguistik
numberbilangan, jumlahbilanganbilanganLinguistik
bacterial countbilangan bakteribilangan bakteriabilangan bakteriaPenternakan
plural numberbilangan jamakbilangan jamakbilangan jamakLinguistik
dual numberbilangan duaanbilangan duaanbilangan duaanLinguistik
numeral classifierpenjodoh bilanganpenjodoh bilanganpenjodoh bilanganLinguistik
distributional numeralkata bilangan distribusionalkata bilangan berdistribusikata bilangan kelompokLinguistik
Reichert-Meissl numberbilangan Reichert-Meisslbilangan Reichert-Meisslbilangan Reichert-MeisslKimia
law of large numberhukum bilangan besarhukum bilangan besarhukum bilangan besarMatematik
12345678910...

Kembali ke atas