Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
countbilang; hitung; bilanganKejuruteraanTiada2. Bilangan: Bilangan denyut yang setara dengan bilangan foton atau zarah sinaran direkodkan oleh pembilang.
numbernombor; bilanganPentadbiran PerniagaanTiadaNombor: Tanda yang menyatakan bilangan.,Bilangan: Jumlah atau banyak barang dan lain-lain.
meristic variationvariasi meristikBiologiGenetikVariasi ciri yang boleh dihitung, misalnya bilangan anak anjing seperinduk, bilangan daun sepokok atau bilangan bulu kejur.
Gibbs phase ruleaturan fasa GibbsKimiaTiadaHubungan yang menerangkan sifat sistem kimia heterogen pada keseimbangan, F = C - P + 2, dengan F ialah bilangan darjah kebebasan, C bilangan komponen, dan P bilangan fasa.
hit counterpenghitung kenaanTeknologi MaklumatTiadaPenghitung yang mengira bilangan kenaan laman web. Ia bukan alat penghitung sebenar yang mengira bilangan pelawat secara fizikal sebaliknya hanya mengira bilangan kenaan laman. Penghitung kenaan mungkin disalahgunakan supaya memberikan tanggapan bilangan kenaan yang lebih banyak daripada bilangan pelawat sebenarnya bagi menunjukkan kepopularan laman web. Oleh itu, penghitung kenaan tidak boleh dianggap sebagai alat pengukur kepopularan.
even-even nucleusnukleus genap-genapFizikAtom dan NuklearNukleus yang mempunyai bilangan proton genap dan bilangan neutron genap. Contohnya, isotop radon-220 yang mempunyai bilangan proton 86 dan neutron 134.
cross-sectionkeratan rentasFizikAtom dan NuklearLuas yang bilangan tindak balas berlaku adalah sama dengan hasil darab bilangan zarah sasaran dengan bilangan zarah tuju yang serenjang dengan permukaan sasaran. Luas keratan rentas ini biasanya tidak sama dengan luas keratan rentas geometri nukleus. Unitnya ialah barn (10-28 meter persegi). Sinonim keratan rentas nukleus.
parasitic countbilangan parasitKejuruteraanTiadaBilangan yang menyebabkan suatu peranti mengalami pertambahan bilangan latar yang mendadak.
hyperpneustichiperpneustikBiologiEntomologiMempunyai bilangan spirakel yang melebihi bilangan spirakel bias a, misalnya pada serangga Thysanura.
lepton numbernombor leptonKejuruteraanTiadaBilangan lepton tolak bilangan antilepton dalam sesuatu sistem.
12345678910...

Kembali ke atas