Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-HUJURAT

Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik)

kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan

rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya

terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri

Rasulullah s.a.w. yang suci.

UMUM 
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
SALON

Salon, merujuk kepada sejenis bilik dan kegiatan-

kegiatan tertentu yang berlaku di dalam bilik

tersebut. Perkataan salon berasal daripada

perkataan Perancis lama sale , yang bermaksud

dewan besar .

UMUM 
KATAKOM

Katakom ialah sistem laluan atau bilik bawah

tanah yang pernah digunakan sebagai tempat

pengebumian. Katakom yang paling terkenal

terletak di pinggir bandar raya Rom. Orang Kristian

awal menebuk katakom ini dalam batu tufa yang

lembut pada tahun 200-an dan 300-an. Katakom

membentuk satu rangkaian koridor dan bilik yang

bersambung meliputi lebih kurang 240 hektar.

UMUM 
AMBAL DAN PERMAIDANI

Ambal dan permaidani ialah fabrik yang

digunakan sebagai hamparan. Ia menambah

kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada

bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal

hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik

dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi

keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan.

UMUM 
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM 
THE BLACK HOLE OF CALCUTTABilik (penjara) kurungan bawah tanah yang tereletak di fort William, milik Syarikat Hindia Timur British di Calcutta.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MENELAAH PELAJARAN

Menelaah pelajaran ialah usaha untuk

mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah

ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana

sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian

besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang

telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan

mempelajari semua yang perlu diketahui tentang

sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik

darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu

dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan

menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat

menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di

sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila

seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah

rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke

kolej.

UMUM 
MAGAZIN

Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan

laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik

simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada

perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak

peluru untuk senapang yang boleh menembak

secara berulang-ulang, atau mesingan juga

dinamakan magazin.

UMUM 
MENGELE, JOSEF

Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman

yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan

perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di

Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia

II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang

zalim ke atas banduan, dengan tujuan

menghasilkan satu bangsa yang mempunyai

rambut perang dan bermata biru. Para banduan

menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”.

UMUM 
123

Kembali ke atas