Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partitionsekatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding yang memisahkan bilik-bilik berdekatan yang biasanya diperbuat daripada bata, kayu atau papan lapis.
density boardcarta ketumpatanPentadbiran PerniagaanTiadaSistem tempahan yang nombor biliknya tertakluk kepada jenis bilik sama ada bilik bujang, bilik ratu, bilik kembar dan sebagainya.
back of the houseruang belakang pentasKesenianDrama dan TeaterKawasan di bahagian belakang pentas yang merangkumi bilik persalinan, bilik tatarias, bilik rehat dan bilik air pelakon.
exchange voucherbaucar pertukaranPentadbiran PerniagaanTiadaBaucar yang mengandungi dokumen untuk penukaran perkhidmatan seperti bilik-bilik hotel dan restoran.
accommodation planpelan tatasusun (kapal)SukanPelayaranPelan yang menunjukkan susun atur kabin, bilik penginapan, bilik makan, bilik rehat dan ruang-ruang penumpang bagi sesebuah kapal.
brochrumah kubuSejarahTiadaSalah satu menara kubu zaman prasejarah yang terdapat di kepulauan Orkney dan Shetland, yang merupakan binaan dua tembok melingkungi bilik-bilik yang kecil.
sitting roombilik dudukPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang bilik, terutama bersebelahan dengan bilik tidur, digunakan sebagai bilik untuk merai tetamu.
door stopperpenahan pintuPentadbiran PerniagaanTiadaAlat penahan yang diletakkan di pintu semasa tukang kemas bilik mengemas bilik yang menandakan bilik sedang dikemas apabila pintu bilik terbuka.
door bumperpenahan pintuPentadbiran PerniagaanTiadaAlat penahan yang diletakkan di pintu semasa tukang kemas bilik mengemas bilik yang menandakan bilik sedang dikemas apabila pintu bilik terbuka.
clean roombilik bersihHerbaTiadaSuatu ruang atau bilik yang mempunyai kawalan persekitaran yang tertakrif bebas pencemaran partikulat dan mikrob. Bilik ini dibina dan digunakan untuk mencegah kemasukan, penjanaan dan pengekalan bebas pencemar di dalam bilik bersih. Bilik ini dikelaskan kepada empat kategori berdasarkan kualiti atau tahap pencemaran bawaan udara. Pemprosesan produk herba biasanya dilakukan di dalam bilik bersih kelas tahap kedua.
12345678910...

Kembali ke atas