Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbawa1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing;Kamus Dewan Edisi Keempat
keluar1 bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya: Dia ~ dr bilik mesyuarat. 2 berhenti drpd menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja: Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3 menampakkan diri; muncul: Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4 diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar: Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keluar1. bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya:Dia – dr bilik mesyuarat. 2. berhenti drp menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja:Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3. menampakkan diri; muncul:Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4. diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar:Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1. memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar:Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2. melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3. membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4. menerbitkan buku, majalah dll:Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5. menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6. menghentikan drpd jawatan dll; memecat:Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1. tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar:Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2. dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan):~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia.Kamus Pelajar
keluar1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, me­nampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia.Kamus Dewan Edisi Keempat
bawa; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersangkut1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangkut; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecil1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaan­nya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkara-perkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; ~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb penge­tahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah­ merendahkan; 2. kecil-kecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadi­kan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecil-ngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak ber­harga, dll), merendahkan, menghinakan, me­ngabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya; memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak pen­ting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil; kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara be­sar-besaran, sedikit-sedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecil­kan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyata­kan kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempat1. sesuatu yg digunakan utk menaruh (menadah, menyimpan, dll), bekas, wadah: ~ habuk rokok; ~ bara; 2. ruang (kawasan dll) utk melakukan sesuatu: percakapan terhenti hingga itu, masing-masing berdiri mencari ~ sujud; 3. ruang dll yg digunakan utk me­nyim­pan (menaruh) sesuatu: ia pun terus menanggalkan tuala yg dipakainya itu dan berjalan menuju ~ gantungan kain bajunya; 4. kawasan (ruang, rumah, dll) yg didiami, kawasan dll di mana terdapat sesuatu: rumahnya itu rumah batu, bangunannya spt ~ berhala Cina; 5. bahagian yg tertentu drpd sesuatu: ~ pemegangnya boleh dibalut dgn getah tiub; 6. kawasan yg tertentu, daerah, kampung, negeri: ayahku tidak duduk di ~ itu; ia kembali ke ~ lahirnya; 7. orang yg jadi lawan bercakap, orang yg jadi tujuan utk bertanya dll, orang yg diserahi keperca­yaan: orang tua itulah ~ kami bertanya; 8. kedudukan (yg sewajarnya), keadaan, letak (sesuatu): dia mendapat ~ yg baik di kementerian itu; ~nya dlm perusahaan itu telah diambil oleh orang lain; aspek bahasa perlu diberi ~;~ asal kawasan (negeri, kampung) dr mana seseorang itu berasal; ~ hantu bermain = ~ jin bertendang ki kawasan yg tidak didiami orang (jauh drpd orang); ~ kediaman (tinggal) kawasan (rumah) yg didiami (orang); ~ ludah perludahan, ketur, tempolong; ~ parkir Id tempat menyimpan kereta; ~ peranginan tempat orang bertemasya (berehat); ~ tumpah darah negeri (kampung) tempat orang itu dilahirkan; ~ berpijak sudah terban, ~ ber-gantung sudah putus prb kehilangan orang tempat menumpangkan hidup; setempat 1. satu tempat sahaja; 2. = setem-pat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~;menyetempatkan 1. meletakkan (mengum­pulkan dll) di satu tempat sahaja, tidak mem-biarkan berselerakan; 2. mengurung dll supaya tinggal di satu tempat (supaya jangan merebak, menjalar, dll); bertempat 1. mempunyai tempat, tinggal (diam, duduk) di ..., berlaku (diadakan) di ...: mesyuarat agung akan diadakan pd 2 April ~ di Balai Rakyat; 2. ki kena pd tempatnya (masanya, keadaannya, dsb): mengata orang biarlah ~; bertempat-tempat sesuai dgn hanya tempat-tempat tertentu sahaja, tidak menyeluruh; menempat berada, terletak: perkara yg ~ di hati; menempati 1. mendiami atau menduduki (rumah dll), bertempat di ...: dia ~ dua buah bilik di rumah itu; 2. memegang pangkat (pekerjaan, jabatan, dll), memangku jabatan: mudah-mudahan Tentera Nasional Indonesia ~ kedudukannya yg wajar sbg suatu tenaga yg berasal drpd rakyat; 3. ark, sl menjadi tempat, memberi tempat pd; menempatkan 1. meletakkan, menaruh, memasang: dia ~ kedua-dua tapak tangan­nya di atas lutut; 2. memasukkan (dlm): dia ~ wang syilingnya dlm sebuah tabung buluh; 3. memberi tempat duduk (tinggal, bermalam, dll), menyuruh tinggal (diam): Britain akan ~ satu pasukan pengebom di Darwin; 4. ki mem-berikan tempat (kedudukan, taraf, dll): kedua-dua unsur tersebut sama pentingnya dlm ~ Sejarah Melayu sbg roman sejarah yg baik; tempatan yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; petempatan kawasan yg baru dibuka utk didiami orang;penempatan perihal menempati atau menem-patkan: kawasan ini ialah tempat ~ semula orang yg pindah dr kampung-kampung yg jauh terpencil; ~ kedai-kedai runcit yg besar di pusat membeli-belah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas