Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.lion] | بيليون

Definisi : 1. (di Britain) satu juta juta, ditulis sbg 1 000 000 000 000 atau 1012; 2. (di AS) satu ribu juta, ditulis sbg 1 000 000 000 atau 109; berbilion, berbilion-bilion beberapa bilion, beberapa banyak bilion. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.lion] | بيليون

Definisi : bilangan sebanyak sejuta juta atau 1012 (tetapi di Amerika Syarikat seribu juta atau 109). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilion


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BILION UMUM 
ROBERT KUOK, TAN SRI

ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Januari 2005 dianggarkan berjumlah RM16.96 bilion

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
MOL

Mol ialah unit yang digunakan dalam kimia untuk

mengukur amaun sesuatu bahan. Satu mol bahan

mengandungi kira-kira

602 213 670 000 000 000 000 000 (602.214 bilion

trilion) entiti unsur yang membentuk bahan itu.

Entiti ini mungkin molekul, atom, ion, elektron,

atau zarah subatom yang lain, atau kumpulan zarah.

Bilangan yang besar ini dikenali sebagai Avogadro

constant, sempena nama ahli fizik Itali, Amedeo

Avogadro.

UMUM 
MIKROSKOP KUAR PENGIMBAS

Mikroskop kuar pengimbas adalah mana-mana

jenis mikroskop yang mengimbas permukaan

bahan dengan penunjuk tajam dan memaparkan hasil

di skrin bak televisyen. Penunjuk, dikenali sebagai

kuar, boleh jadi sehalus 0.3 daripada satu bilion

meter lebarnya – kira-kira selebar atom. Mikroskop

kuar pengimbas dapat menyediakan imej tiga

dimensi atom individu. Ia menjadi alat penyelidikan

yang penting dalam bidang fizik, kejuruteraan, dan

kimia.

UMUM 
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
ATOM

Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim.

Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada

atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus

daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling

halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop

biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion

atom.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet

antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan

Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik

dunia untuk bertanding antara satu sama lain

dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan.

Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan

lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton

Sukan Olimpik di kaca televisyen.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
ANANDA KRISHNAN

Ananda Krishnan(1939-   ), salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Ogos 2007 dianggarkan berjumlah RM20.7 bilion.

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
RANCANGAN MARSHALL

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945).

Rancangan Marshall menggalakkan negara-negara

Eropah berganding bahu untuk

memulihkan ekonomi selepas Perang Dunia II

(1939–1945). Pada bulan Jun 1947, Amerika Syarikat

bersetuju untuk membantu Eropah, sekiranya ia

mahu berbincang dan menentukan apa yang

diperlukan. Nama rasmi rancangan itu ialah

Program Pemulihan Eropah. Ia disebut sebagai

Rancangan Marshall bersempena nama George C.

Marshall, setiausaha negara Amerika Syarikat

yang mula-mula mencadangkannya.

Rancangan Marshall bermula pada bulan April

1948 apabila Kongres menubuhkan Pentadbiran

Kerjasama Ekonomi untuk menguruskan bantuan

luar negara. Sebanyak tujuh belas buah negara

menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah bagi mewujudkan kerjasama di kalangan

ahli-ahlinya. Amerika Syarikat menyumbang kira-kira

13 bilion dolar Amerika dalam bentuk

makanan, jentera, dan keluaran lain ke Eropah.

Bantuan tersebut ditamatkan pada tahun 1952.

Pada tahun 1961, Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan dibentuk bagi

menggantikan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi

Eropah. Sebanyak 20 buah negara, termasuk

Amerika Syarikat dan Kanada menubuhkan

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan

pembangunan bagi tujuan menggalakkan

pertumbuhan ekonomi negara-negara ahli dan

bagi membantu kawasan yang sedang

membangun.

Lihat juga Eropah (Eropah Pascaperang);

Marshall, George C.; Truman, Harry S.

UMUM 
12

Kembali ke atas