Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.an] | بيناءن

Definisi : sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binaan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
strukturstructure1. Sesuatu yang dibina atau dibentuk. 2. Bahagian daripada sesuatu binaan dan lain-lain.Sekolah Rendah
kelulisteelBahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin.Menengah Rendah
piramidpyramidStruktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat RajahSekolah Rendah
bahan termajuadvanced materialBahan yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahan semula jadi atau bukan semula jadi yang mempunyai ciri yang lebih unggul seperti keliatan, kekerasan, ketahanan dan kelenturan. Contohnya, bahan binaan roket dan pakaian angkasawan. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas