Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bing.kas] | بيڠکس

Definisi : 1. melenting, menganjal: kecubung rebah, petikan ~; 2. bangun (berdiri, meloncat, dll) dgn cepat: ia pun ~ drpd tidurnya; ia ~ melepaskan diri drpd pegangan orang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bing.kas] | بيڠکس

Definisi : ; membingkas 1 bergerak dgn cepat kerana disebabkan oleh sesuatu; menganjal atau melenting dgn cepat: Jebaknya ~ lalu mengena. 2 bangkit atau berdiri dgn cepat: Apabila dipanggil, ia pun ~ dr kerusinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bingkas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resilientbingkasKimiaTiadaTiada
resilientbingkasKomunikasiTiadaTiada
fast novanova bingkasMatematikTiadaNova yang meningkatkan kecerahannya dengan faktor 10 dalam beberapa hari dan puncak kecerahannya kurang daripada seminggu.
resilient hosthos bingkasKejururawatanTiadaIndividu yang mampu pulih dengan segera daripada penyakit yang dihidapinya.
thermoplastic elastomertermoplastik elastomerKejuruteraanPolimerSing. TPE. Termoplastik yang bersifat seperti elastomer, iaitu bahan yang sangat bingkas dan boleh diregang sehingga dua kali ganda kepanjangannya berulang kali, dan kembali dengan cepat kepada kepanjangan asal selepas tegasan dibebaskan. Akan tetapi, ia juga bersifat termoplastik, iaitu ia tidak perlu diawet atau divulkankan. Oleh itu, termoplastik elastomer ialah bahan yang bersifat liat dan bingkas seperti getah, tetapi boleh diproses dengan mudah seperti termoplastik yang lain.
acetal resinresin asetalKejuruteraanPolimerHasilan termoplastik, iaitu poliformaldehid, polioksimetilena penambahan aldehid. Resin asetal mempunyai ketahanan lesu dan kimia yang tinggi, ciri elektrik yang baik dan bingkas yang sesuai digunakan dalam pembuatan gear, penggelek dan peralatan automotif.
vulcanizationpemvulkananPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTindak balas sulfur atau bahan tertentu dengan getah atau plastik, dan menghasilkan rangkaian silang rantai polimer yang kuat dan bingkas.
pelin bakang LB.pelin bakang LB.KesenianTiadaIkatan kemasan berbentuk dada belalang, dianyam bersilang dengan cara tekan satu, angkat satu, yang berfungsi mengikat ari seraung dan menutup kepala turus yang bersambung pada bingkas mulut bakul.
blast jointsambungan semburKejuruteraanPetroleumSinonim : puting sembur Peranti yang berfungsi menahan tindakan penggerukan dan penghakisan oleh bendalir formasi. Peranti ini berupa paip yang disambungkan pada rentetan tetiub dan ditempatkan tepat di hadapan selang penebukan di dalam pelengkapan berganda. Paip ini dibuat daripada bahan yang tahan lasak dan tahan panas, serta diperkeras atau dilapisi dengan bahan bingkas seperti getah. Tersedia dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu 10, 20 dan 30 kaki.

Kembali ke atas